Pertempuran Hang Tuah Dengan Ronin Jepun. Keputusannya Buat Ramai TERKEJUT !!!

| March 8, 2017 | 0 Comments

Pertempuran Hang Tuah Dengan Ronin Jepun. Keputusannya Buat Ramai TERKEJUT !!! | Dalam Hikayat Hang Tuah, sebuah naskah sastera sejarah yang menceritakan kisah hidup Laksamana Hang Tuah, ada satu cerita tentang pertempuran Hang Tuah dengan Ronin Jepun.

Sekadar Gambar Hiasan

Bagi yang tak tahu apa tu Ronin, senang cerita nak senang faham Ronin tu adalah Samurai. Ronin yang bertempur dengan Hang Tuah ni bukan katanya bukan calang-calang orang. Antara yang terhebat dalam sejarah Jepun.

Pertempuran Hang Tuan dan Ronin Jepun tu berlaku ketika Perang Melaka-Siam yang berlaku di Siam. Keputusan pertempuran tersebut adalah Hang Tuah berjaya membunuh Ronin tersebut dan beberapa anggota badan Ronin tersebut putus diparang oleh Hang Tuah. Hebat.

Ni petikan Dari Hikayat Hang Tuah. Bahasa sangat tinggi. Kalau faham, faham la. Hehe…

“Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun.’ ( Ms : 390 )

“…Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula.

Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” …. “…Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau ( Raja Siam) sendiri lalu larang-nya . Maka ia pun berseru2, katanya, `Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu”. “…Maka kata Laksamana, `Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah oleh-mu.`

Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (pendekar Jepun) memarang dengan dua belah tangan-nya. Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya, putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu.

Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah marah-nya dan malu-nya lalu di-usirnya akan Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula”. “Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielak) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidung pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu pula. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu.

Maka Laksamana pun terjun pula berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula oleh Laksamana kepala-nya belah dua…” ( Ms.391).

Itulah serba sedikit sedutan babak-babak pertarungan Hang Tuah yang ditulis dalam buku Hikayat Hang Tuah. Melayu dulu gagah berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Oleh itu, hayatilah pantun melayu asli ini sambil menyelami makna dan falsafah yang tinggi yang disembunyikan didalam rangkap pantunnya:

Lompat tinggi tinggi
Sampai ke cucur atap
Belum tumboh gigi
Sudah pandai baca kitab

Sumber: The Patriot dan Sangtawal

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *