Saat Aku Jd Berani Meluah Perasaan. Tiba2 Dpt Tahu Lelaki Itu Telah Pun ….

| April 26, 2017 | 0 Comments

Saat Aku Jd Berani Meluah Perasaan. Tiba2 Dpt Tahu Lelaki Itu Telah Pun …. | Pertama sekali aku ingin perkenalkan diri aku sebagai Alia je. Aku nak share satu kisah tentang diri aku dan seorang teman rapat lelaki.Aku perkenalkan dia sebagai Faiz. Asal nya perkenalan kami bermula di Facebook. Kami sebaya dan menyambung degree di sebuah IPT di Melaka.

(Gambar Hiasan)

Awal perbualan kami bermula masa dia menegur di beberapa status gambar aku di fb. Ada jugak la dia hantar messenger tapi aku tak layan. Setahun kemudian, semasa kami berada di tahun 2 permulaan sem 2, dia add aku di wechat. Dari situ, kami mula rapat. Dia cakap dia happy gila and tak sangka dapat chat dengan aku. Pada awal perkenalan, kami banyak share tentang hidup, cerita lawak, cerita sedih, putus cinta, makanan favourite, family, pasal crush pun ada. Hahaha. Bagi aku, dia seorang yang sangat ceria, happy go lucky person, seorang yang gila-gila, sweet talker, sangat baik hati, kuat agama, and selalu care pasal aku. Kurang dari 6 bulan kami berkenalan, aku rasa seolah olah kami dah lama kenal hahahaha.

Tambah pulak aku yang juga jenis masuk air, kalau chat tu asyik tergelak je. Lama kelamaan dia confess perasaan dia kepada aku. Aku mengaku aku juga ada perasaan yang sama cuma aku tak mampu meluahkan. Cukup lah untuk aku buat luahan hati dekat teman serumah je. Mereka je yang tahu kisah perkenalan kami dan perasaan aku terhadap Faiz. Dia banyak kali ajak berjumpa aku tapi aku selalu tolak.

Kami belajar di fakuti yang berbeza tapi fakulti dia berhampiran dengan asrama aku. Pernah sekali aku nak beli makanan depan asrama lepas balik dari kelas, elok aku tengah sibuk jengah lauk kat gerai makcik tu, tetiba aku bertentang mata dengan seorang lelaki ni. Walaupun dia pakai helmet masa tu, aku memang cam muka dia. Tetiba dia senyum kat aku. Mau tak gugur jantung aku masa tu. Cepat cepat aku pergi gerai lain. Nasib baik masa tu ramai student tengah beli makanan. Boleh la aku selit selit. Herm.. Maafkan aku..

Lepas aku siap beli makanan, masuk je rumah, tetiba mesej masuk. Tuppp mesej dari Faiz rupanya. Aku dah agak dah. Dia tanya aku ke yang tengah beli makanan tadi. Aku cakap dia salah orang, aku tak mengaku yang tu aku. Walaupun dia cakap muka budak tu sebijik aku, tapi aku menidakkan je. Entah kenapa aku selalu cari alasan untuk tak nak berjumpa dengan dia sedangkan masa tu hati aku memang sukakan dia.

Dan bila dia tanya apa perasaan aku, aku diam je. Aku hanya mampu cakap lepas grad baru aku jawab soalan dia dengan harapan masa tu kami masih rapat. Pernah ada program untuk students di Hotel Selangor. Aku berniat untuk join tapi aku batalkan niat aku sebab aku tak nak terserempak dengan Faiz kat sana nanti sebab aku tahu Faiz memang akan join program luar macam ni. Aku bagi tahu yang kawan-kawan aku pun join program ni. Dia punya excited nak berkenalan dengan kawan-kawan aku siap dia lepak semeja lagi dengan classmates aku. Bila aku tanya apa yang dia orang borakkan, dia cakap dia just bagi tahu yang dia kenal aku. Herm.. As long dia tak cakap bukan bukan pasal hubungan kami then its okay.

Sampai satu masa tu, aku jujur dengan dia. Aku mengaku perempuan yang dia jumpa masa tengah beli makanan tu memang betul aku and aku minta maaf pada dia. Dia cakap yang dia kecewa dengan aku masa tu. Im so sorry..

Sometimes aku jadi ragu-ragu dengan dia sebab dia ni sangat mesra alam dengan semua orang, dia suka berkawan and ramai yang senang dengan dia. Aku selalu jugak stalk dia dekat instagram, aku mengaku gambar dia dengan kawan kawan perempuan memang buat aku jealous. Aku selalu mintak nasihat dari kawan rapat aku betul ke Faiz yang terbaik buat aku.

Even aku tahu dia tak de sweet sweet dengan kawan perempuan dia tu, tapi gambar gambar tu selalu buat aku fikir banyak kali. Sampai la aku berniat untuk tak rapat dengan dia lagi sebab aku takut bermain dengan hati. Hampir 4 bulan kami kenal, aku perasan yang hubungan kami dah semakin jauh. Sebelum ni, memang Faiz yang akan start our conversations, malangnya masa tu dia tiba tiba diamkan diri. Macam biasa, aku masih menunggu chat dari dia.

Menjelang bulan puasa, ada la dia wish selamat berpuasa, chat kejap and lepas tu kami jadi stranger balik. Masa raya pun kami ada wish selamat hari raya, chat sikit and again kami jadi stranger balik. Pernah aku terbaca conversations kami yang lama, rupanya dia pernah bagi no tel dia tapi aku tak perasan. Malangnya masa tu hubungan kami dah renggang. Jadi aku diamkan diri and hanya tengok status and last seen dia je. Aku rindu hubungan kami yang dulu.

Tapi sebab ego, aku tak contact dia. After a month, 2 hari sebelum masuk sem baru, dia chat and aku layan macam biasa. Kami bergurau, gila gila macam masa kami baru kenal dulu. Jujur, aku rindu saat tu. Memandangkan kami nak masuk 3rd year student, kami terpaksa tinggal di rumah sewa. Faiz cakap yang dia nak ajak aku keluar makan if ada kelapangan masa. Untuk kali pertama, aku setuju and aku excited nak jumpa dengan dia. And itu akan jadi pertemuan kami yang pertama. Memandangkan masa tu aku ada hati dekat orang lain, niat aku dengan Fشهئ hanya lah sebagai teman biasa. Perbualan kami malam tu merupakan yang terakhir.

Hari Jumaat, 2 September 2016, di mana Faiz cakap yang dia akan gerak ke uni pagi hari tersebut. Petang Jumaat, aku dikejutkan dengan berita yang aku tak pernah sangka akan terjadi dalam hidup aku. Faiz telah pergi menghadap Ilahi. Awalnya aku masih tak percaya, tapi kawan aku cakap memang betul Faiz dah pergi. Dah viral dekat page twitter U. Aku cek sendiri untuk kepastian. Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 12 tengahari, motor yang ditunggang arwah tak dapat dikawal dan akhirnya terlanggar lori di hadapan. Arwah parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian. Allahuakbar.. aku menangis semampu aku. Saat ibu tanya kenapa aku menangis, aku tak mampu cakap apa apa masa tu, sebut nama arwah je dah buat aku meraung balik. Rasa bersalah menerpa diri aku. Aku tak kuat..

Aku pulang ke uni untuk mulakan sem baru. Aku cuba sibukkan diri aku untuk lupakan kesedihan tu. Perbualan aku dengan Johan memang buat aku terkilan sangat. Rupanya Faiz mengaku pada Johan yang sebenarnya dia dah lama simpan no tel aku. Dulunya aku ada buat bisnes and aku post kan sekali no tel aku. Mungkin arwah ambil dari situ. Cuma Faiz tak pernah cuba nak chat aku sebab tanpa kebenaran aku. Hanya status dan last seen aku je yang dia mampu lihat. Rupanya masing-masing ego dan hanya menunggu. Maafkan aku..

Perkenalan yang singkat. 6 bulan tempoh perkenalan tapi rasa macam dah lama kenal. Aku bersyukur dapat kenal dengan Faiz. Arwah seorang lelaki yang sangat baik. Aku menyesal dengan apa yang yang berlaku. Aku abaikan orang yang betul betul ikhlas dengan aku. Semoga arwah berada dalam kalangan orang beriman. Maafkan aku..

Sekarang semuanya kembali normal. Aku dah boleh terima kenyataan. Apa yang pasti, Allah lebih menyayangi arwah dan itu yang terbaik untuknya. Kami redha dengan pemergian dia. Hanya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Mengetahui yang tahu setiap apa yang berlaku. DIA hadirkan perasaan cinta, DIA juga yang akan hilangkan perasaan tu. Hanya doa yang aku mampu titipkan untuk arwah.

InshaAllah suatu hari nanti saya pergi melawat awak di sana. Allah akan temukan kita untuk kali yang pertama. Semoga awak tenang di sana, wahai teman.. InshaAllah

Sumber : Anonymous

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH TEMPATAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *