Issh…Dahla Pelajar.Ada Ijazah.Tapi SANGGUP Dia Buat Macam2 Yg Ramai GERAM !!!

| April 20, 2017 | 0 Comments

Issh…Dahla Pelajar.Ada Ijazah.Tapi SANGGUP Dia Buat Macam2 Yg Ramai GERAM !!! | Salam sejahtera, aku terpanggil untuk berkongsi satu kisah benar yang diharap dapat menjadi pengajaran untuk semua, semoga kita berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan. Kisah ini adalah tentang sahabat aku; Aira (bukan nama sebenar).


Aku dan Aira mula berkawan sejak kami sama-sama menuntut di university. Aku lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Mak ayah aku orang Kedah, tapi kami jarang balik Alor Setar sejak atuk nenek meninggal 20 tahun yang lalu, yang ada kat sana pun cuma sepupu-sepupu mereka sahaja. Aira pula berasal dari Ipoh, Perak. Dia ke Kuala Lumpur selepas mendapat peluang melanjutkan pelajaran.
Tahun pertama kami tinggal bersama di hostel. Tahun kedua aku tinggal dengan mak ayah, lebih selesa. Lagi pun buat apa aku nak menyewa sedangkan rumah keluarga berdekatan dengan tempat belajar. Aira pun terpaksa menyewa dgn kawan-kawan lain. Walaupun kami tidak lagi tinggal sebumbung, hubungan kami masih rapat seperti biasa.

Sepanjang aku mengenali Aira, dia seorang kawan yang baik dari segala segi. Tetapi ada satu perangainya yang aku tak senangi. Dia selalu balik lewat malam dan kadang-kadang langsung tak balik ke rumah kerana keluar dengan boyfriend dia. Sejak tahun pertama pengajian lagi mcm tu. Aku dah banyak kali tegur secara baik. Dia jawab pun dengan baik, namun tak ada perubahan.
Masa ditahun akhir, dia telah menghilangkan diri. Aku ke Ipoh utk mencari, mana la tau kalau-kalau dia balik kampung. Aku terkejut bila mak dia bagitau “Aira ada call, dia nak kerja di Johor. Tak nak belajar dah”. Aku macam “Hah?!” Tak masuk akal pun ada. Dah tahun akhir. Pengajian tidak dihabiskan. Semuanya sia-sia. Kami semua dapat degree, tapi dia entah kemana. Akhirnya aku terjumpa dia dekat The Mall (sekarang ni Sunway Putra Mall) setelah 2 tahun dia menghilang. Aku peluk dia, kami menangis, malu sebenarnya time ni, dengan orang lalu lalang pandang. Lepas tu aku tarik tangan dia, ajak duduk dekat tempat lain. Aku nak tahu semuanya.

Akhirnya, dia cerita kisah sebenar. Sedih sangat waktu tu, sebab apa yang aku pernah terfikir dah berlaku. Dia berhenti belajar sebab mengandung anak luar nikah. Dia mmg balik Ipoh, tinggal dekat sana sampai bersalin. Mak dia tipu aku masa aku cari dia dulu. Dia tak pernah ke Johor pun. Sekarang dia bekerja dekat restoran fast food yg terletak di Gombak. Boyfriend dia merangkap bapak kepada anak dia dah lari, tak mahu bertanggungjawab. Sekarang, dia dah bertemu pengganti (Safran) yang katanya sangat baik dan sayangkan anaknya, Safran juga tau semua kisah silam Aira. Aira janji untuk tak ulangi lagi kesilapan lama. Alhamdulillah, syukur dia dah bertaubat.
Aira dan Safran merancang untuk berkahwin, tapi sayangnya mendapat tentangan keluarga Aira. Keluarga Safran tak ada masalah untuk terima Aira yang diperkenalkan sebagai janda anak satu (sejarah hitam itu dirahsiakan dari keluarga Safran), malangnya keluarga Aira tidak lagi percaya dgn pilihannya. Mak Aira lah yang paling tidak setuju untuk bermenantukan Safran. Bukan sahaja tidak sukakan Safran, mak Aira telah tetapkan jodoh Aira dgn pilihannya yang dianggap lebih sesuai iaitu Amad.

Walaupun bencikan Amad yang panas baran dan ‘muka pecah rumah’, Aira akur dgn pilihan mak dia. Dia dah malas nak fikir lagi. Dia mengaku pernah buat silap dulu, hancurkan hati keluarga, kali ni biarlah dia pula hancur demi pilihan keluarga. Aku kesian gila kat dia time ni, tapi dia dah buat keputusan, aku cuma mampu doakan kebahagiaan dia je. Oleh kerana bencikan Amad, Aira telah bernekad untuk mengunakan implan supaya dia tidak akan mengandungkan anak Amad. Dia mahu pastikan Amad seorang lelaki yang mampu sayangkan anaknya. Jika Amad sayang anak tiri, mampu jadi ayah dan ketua keluarga yang baik, barulah implan tu akan dikeluarkan semula. Err aku la yang teman dia masukkan implan tu.

Tahun pertama perkahwinan Aira-Amad memang mencabar. Aira bertahan dengan kerenah Amad yang panas baran, benda kecik pun nak dibesar-besarkan. Kadang2 Amad baik je. Dia akan kelihatan baik bila dia diam. Bila dia mula bercakap mmg menyakitkan hati. Aira hadap je semua tu. Baginya selagi Amad tak angkat tangan, tak mencederakannya, dia akan bertahan. Tapi kalau Amad mula memukul, dia akan mengambil peluang untuk bercerai. Tahun kedua bermula dgn sesuatu yang lebih baik, bila Amad accident. Cedera ringan je (xde patah riuk), dia jatuh motor. Separuh dari badannya bercalar balar. Dia dapat MC seminggu. Selama seminggu tu jugak dia demam, dan Aira yang jaga. Mcm drama pulak time ni bila Amad mula berubah selepas tu. Dia mula berubah sikit-sikit, tak terlalu drastik. Masih ada barannya, tapi dah banyak kurang. Tp Aira masih takut2, dia takut perubahan Amad ni cuma sementara. Oh ya, layanan Amad pada anak Aira sebenarnya sgt baik. Walau dia baran, dia tak pernah tengking anak Aira. 2 thn bersama Aira, dia melayan budak tu mcm anak sendiri.

Tahun ketiga perkahwinannya Aira membuat keputusan untuk membuang implan, sbb Amad betul2 dah berubah. Lelaki yg dulunya kasar dan panas baran dah “hilang”. Aira dah mula sygkan Amad, alhamdulillah. Aku happy untuk dia. Dah setahun dia bahagia dgn Amad, dia pun tak sangka suami dia boleh berubah. Dan bila dia dah berpuas hati dgn perubahan Amad, barulah keputusan membuang implan diteruskan. Aira mintak aku temankan dia lg kali ni, tapi aku memang tersangatlah busy. Weekdays aku packed dgn kerja 7pg-9mlm (patut 9-6ptg je keje, tp time ni company aku byk project, so terpaksa stay back). Weekend pulak aku dah bahagikan kepada family, travel, & sports. Aku suruh dia pergi je sendiri, dia kata ok. So, aku ingatkan tak ada masalah la. Dia happy dgn hidup dia, aku pun happy dgn hidup aku.

Lepas kira2 6,7 bulan selepas tu (kes ajak teman buang implan), Aira tanya aku lagi sekali “babe, ko free tak next Friday? Teman aku buang benda alah ni”. Aku terkejutlah, dah dekat setahun kau cakap nak buang tapi tak pergi buang? Aku pun rasa bersalah jugak, sebab aku tak teman ke sampai dia tak pergi? Aku pun buat keputusan utk postpone la plan weekend tu dan ambil cuti hari Jumaat semata untuk teman dia ke hospital. Kebetulan Amad akan outstation seminggu, so kesan luka buang implan tu boleh la beransur pulih.
Akhirnya hari yg ditunggu pun tiba. Selesai buang implan dekat lengan Aira, kami lepak minum kat kafe kejap. Tak sampai 10 minit duduk, Aira dapat panggilan dari kakak iparnya, berita kemalangan Amad. Sekali lg Amad ditimpa kemalangan, namun kemalangan kali ini telah meragut nyawanya. Kebahagiaan Aira berakhir sekali lagi…
Aku agak kagum dgn ketabahan Aira. Dia kelihatan tenang selepas jenazah dikebumikan. Aku duduk sebelah dia. Diam. Tak tau nak cakap apa dah. Tiba-tiba dia buka mulut “Aku menyesal lambat buang implan ni. Kalau aku buang lepas Amad mula berubah, kalau la aku percaya dekat dia lebih awal, mungkin aku dapat tunaikan impian dia untuk ada anak sendiri. Aku tak sangka aku akan syg dia babe. But I did. Kalau la dia tau selama ni aku pakai implan & menyekat hasrat dia utk ada zuriat, mesti dia kecewa. Aku rasa bersalah sebab dah rahsiakan semua ni… dia tak tau sampai meninggal. Aku tak sempat mintak maaf dekat dia….”

Sampai sekarang Aira masih bersedih. Dia sentiasa diselubungi rasa bersalah. Dia makin kurang bercakap. Tolong doakan Aira kembali dpt kekuatan utk teruskan kehidupan. Dari kisah Aira ni, aku belajar sesuatu yg penting;
1. kalau nak kapel pun janganlah sampai terlanjur
2. bila belajar/tinggal jauh dari keluarga, igtlah untuk jaga maruah ibu bapa
3. benda yang baik jgn bertangguh, buat cepat

Sumber : Elfia

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *