Aku Ada Ijazah.Selepas 1 Bulan Aku Ditukar Ke Bahagian Lain.Tindakan Penyelia Ini Buat Aku TERPANA !!!

| May 3, 2017 | 0 Comments

Aku Ada Ijazah. Selepas 1 Bulan Aku Ditukar Ke Bahagian Lain. Tindakan Penyelia Ini Buat Aku TERPANA !!! | Assalam..nama saya lefthanded ( bukan nama sebenar)..pertama sekali aku ingin memberitahu bukan niat aku untuk mengutuk seseorang yang bekerja sama seperti apa yang aku kerja pada tika ini. (masalah diri sendiri)..

Gambar Hiasan

Kisahnya bermula begini,pada dua minggu yang lepas,aku dijemput untuk menghadiri satu sesi temuduga di sebuah syarikat swasta yang yang boleh tahan glamour tapi bawah anak syarikat).

Jawatan yang diiklankan pada waktu itu ialah “crew event/management trainee/supervisor event” dengan gaji rm1200-rm2500 sebulan dengan pelbgai faedah termasuk kenaikan pangkat dan elaun.Terbayang difikiran,kerja yang bakal aku lalui nanti pada waktu itu adalah seperti melibatkan forum,pentas,ataupun majlis-majlis upacara.Sebab manager tersebut cakap kerja sebagai team.(aku tanya lebih detail,tp dia jawap acuh tak acuh)..macam taknak jelaskan skop kerja tu macam mana.

Pada waktu interview tersebut semuanya berjalan agak lancar.Cuma ada beberapa perkara membuatkan aku musykil sebelum melangkah masuk untuk diinterview.Pertama,cuma ada seorang penjaga kaunter dan seorang manager.Tiada komputer di meja manager dan di kaunter tersebut.Kedua,tiada rak-rak bagi menempatkan fail-fail.Segalanya nampak macam ala kadar.

* Aku dapat kerja tu,boleh mula kerja keesokkan hari.

Pada hari pertama aku mula bekerja,aku dipanggil oleh seorang leader/supervisor untuk mulakan kerja (9am-6pm) event tersebut.Dia membawa aku pergi ke satu lokasi dan menempatkan booth kecil untuk kami jalankan event.Semuanya berjalan lancar juga kerana aku cuma perhatikan saja apa yang supervisor tu buat.

Hari kedua bekerja sehingga sekarang,bermulalah satu episod baru yang tak pernah aku lakukan.Aku dibawa ke satu lokasi (depan bank) dan dibekalkan dengan beberapa alat mainan untuk dijual.Dengan keadaan aku yang perkaian formal kemeja slack siap tali leher,tapi terpaksa menjual alat mainan tersebut..Mak Aiii kau..aku disuruh untuk promot benda tu dan hasilnya kosong.Tiada siapa yang nak beli mainan aku jual tu.

Hari berganti hari,makin lama aku makin malu dan makin tertekan dengan pekerjaan yang aku jalankan.Sedangkan aku ada degree tapi buat kerja salesman/promoter je?..basic kononya rm1000,tp nak dapat lebih,kene jual lebih baru banyak dapat komisyen.Ya hakikatnya xda basic pon,sebab lepas 3 hari keje,dia suruh aku tukar basic kepada profit.Aku tak mahu profit sebab jualan aku kecil.Tp dia macam paksa juga suruh tukar basic kepada profit kalau tidak elaun dan faedah lain tidak diberi.

Semalam(1mei tetap kerja,tiada double/triple gaji) waktu pagi, supervisor ajak sarapan,lepas sarapan dia bagi aku kupon untuk dijual.Puas ke hulu ke hilir cari pembeli.Pada waktu petangnya,dia bawa aku ke bangunan kerajaan.Faham-faham jelah jurujual nak masuk tempat macam tu?Aku sangat malu nak promot barang yang aku jual,aku da macam pengemis meminta minta.Apa yang aku buat boleh menyebabkan orang marah aku,benci aku kerana mengganggu mereka.Aku faham situasi diorang.Ada sorang tu penah cakap ” nak makan pon tak senang” sebab aku terpaksa promot barang tu.

Hari ini,last aku keje( Separuh hari).Pagi tadi aku ke lokasi yang ditetapkan untuk menjual.Cuma aku menaiki kerete sendri sebab supervisor aku ada rekrut “mangsa baru”.Yang tak best nya minyak dan tol tak boleh claim (dulu ckp bole claim,tipu).

Kepada company tu,kalau buat iklan jawatan,buatlah elok sikit.Cakap je jawatan sebagai jurujual atau promoter.Ini tak,nama jawatan nak gah tapi keje direct selling pulak.Nasib baik aku bawak kereta sendiri,boleh la aku lepak tepi tulis confes ni,pastu balik terus ke rumah la,malas nak fikir apa jadi esok.

Siapa-siapa yang ada kerja kosong kat company dia tu komen kat ruangan di bawah ya.Mencari kerja assistant arkitek ataupun interior designer.

Sumber : Lefhanded

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH TEMPATAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *