Aku Tinggal Di Perlis.Peristiwa Ini Terjadi 5 Tahun Yg Lepas.Tapi Yg Memeranjatkan Satu Lg Peristiwa Mlm Itu Menjadi Pelik GILA !!!

| May 3, 2017 | 0 Comments

Aku Tinggal Di Perlis.Peristiwa Ini Terjadi 5 Tahun Yg Lepas.Tapi Yg Memeranjatkan Satu Lg Peristiwa Mlm Itu Menjadi Pelik GILA !!!  | Assalamualaikum. Hai. Nama aku Mia. Umur aku sekarang dah 21 (2016). Cerita yang aku nak kongsi dengan hampa semua ni cerita masa aku sekolah menengah. Masa aku form 4 dulu.
Kisah ni jadi dekat rumah aku sendiri. Dekat sebuah taman perumahan di kawasan Beseri, Perlis. Okay. Aku mula.

Rumah aku ada tiga bilik. Rumah asal dua bilik ja, tapi mak ayah aku besaqkan rumah ni tambah lagi satu bilik. Satu bilik dekat ruang tamu (master bedroom) – ni bilik mak aku. Bilik kedua dengan ketiga sebelah2 ja. Aku duduk bilik ketiga. Belakang sekali. Dekat dengan dapoq. Ada tingkap menghala belah dapoq. Aku tidoq dalam kelambu sebab nyamuk banyak.

Satu malam tu, macam biasa, aku tidoq lambat. Aku jenis tak leh tidoq awal. Tak tau pasai apa. Dalam pukul 1, Aku dengaq ada benda dok bergolek atas bumbung. Banyak kali. Berulang ulang. Kejap ke atas kejap ke bawah. Aku tak layan. Buat tak tau saja. Malas layan. Lepas lima minit macam tu, tiba2 benda tu diam. Sebelum tidoq, aku baca dulu doa apa patut. Pastu terlelap. Sebelum terlelap tu ada jugak dok dengaq benda golek2 tu. Tapi aku pejam jugak mata aku. Tak mau layan. Pastu terus terlena.

Esok tu aku diam. Tak cerita dekat siapa pun. Dekat mak pun tak. Aku pi sekolah macam biasa. Balik rumah, aku terlena. Letih kan. Sekolah pulak jauh. Dekat Kangaq sana. Pi balik naik bas. Tunggu bas berjam jam. Letih sungguh. Malam tu aku tidoq lewat lagi. Ya lah, siang tadi dah puas lena. Aku doa siap2 takut ada bergolek lagi malam ni. Dah siap2 nak lena, tiba2 aku dengar tapak kaki berjalan dalam rumah.

Tap tap tap. Aku diam. Em ayah kot. Dengaq tiga tapak ja, pastu krik2. Berulang ulang. Tiga tapak, kemudian diam. Aduh. Lepas beberapa kali aku dengaq tapak kaki berjalan tu, aku perasan ada orang depan pintu bilik. Aku tidoq tak tutup pintu. Bagi angin masuk. Pelan2 aku celik mata luas2 nak tengok apa benda dok berdiri depan pintu tu.

Terkejut aku. Ya Allah. Baju putih koyak2, rambut panjang sampai ke pinggang, rambut tutup muka. Aku tak nampak muka dia. Aku diam lagi. Lepastu dia hilang. Ah aku tak mau layan. Aku pejam mata jugak sampai terlena.

Esoknya aku cerita dekat mak aku. Mak aku percaya. Ayah aku pulak diam ja. Dia minum kopi relaks ja. Aku tau, ayah tau benda tu ada. Tapi dia tak mau kami semua takut. So, dia tak buka mulut.

Malam ketiga, aku tidoq awal. Atas katil aku ada teddy bear. Ex bagi. Hahaha. Aku tak peluk, aku tak sentuh. Aku biaq ja dia duduk hujung katil. Malam tu aku mimpi. Teddy bear aku jadi besaq sebesaq rumah aku. Em macam pelik kan. Nama pun mimpi. Aku tengok dia membesaq. Mak ai! Dalam mimpi tu aku jerit panggil adik aku. “Angahh!!”

Tetiba aku terbangun. Ingatkan dah siang, rupanya baru pukul 3 pagi. Then aku dengaq ada budak menangis panggil mak. Sayup jaa. Mula2 kuat, pastu makin pelan. Mak mak mak. Tiga kali. Bunyi tu mai dari hujung katil. Aku pusing tengok hujung katil atas kepala aku. Teddy bear tu macam senyum tak senyum ja kat aku. Aku pegang benda tu, aku lempaq bawah katil. Then aku pejam mata. Tulah cara aku kalau tak mau layan benda macam tu. Hahaha.

Hah esok tu terus cerita kat mak aku. Rupa nya adik aku pun dapat mimpi yang sama. Sebijik macam aku. Cuma dia punya mimpi lagi tragis sebab teddy bear tu tulis something kat dinding pakai darah. Ergh. Mak aku terus buang teddy bear tu kat belakang rumah. Tempat yang tak sepatutnya di buang.

Malam ke empat. Aku dapat mimpi lagi. Kalini mimpi mayat kena potong. Dalam mimpi tu, aku jenguk bawah katil, aku nampak kepala manusia. Kaki dekat sebelah kepala, tangan dekat hujung katil. Ya Allah. Terkejut. Aku terbangun. Nasib baik dah pagi. Fuh. Tak berani lagi nak buka cerita kat mak aku. Aku bangun, terus pi mandi. Dok nampak2 ja mayat potong2 tu. Darah penuh lagi. Eee. Lepas mandi, aku masuk dalam bilik adik aku kat sebelah. Nak bersiap.

Dah siap, baru aku keluar bilik. Tiba2 mak aku tegoq aku. Aku bersiap kat bilik mana? Aku cakap kat bilik angah. Mak aku cakap, “tadi mak panggil awat tak menyahut”. Aik tak dengaq apa2 pun. Pastu mak cakap, “tadi mak nampak hang berjalan ulang alik keluaq masuk bilik hang. Dengan rambut tak ikat. Mak panggil tak pusing pun”. Ayok, aku mana lepas rambut. Selalu ikat ja lepas keringkan. Rambut aku panjang sampai pinggang. Em. Aku dah syak. Bukan aku tu. Benda tu lah tu. Aku tak cakap apa2 pun kat mak aku. Aku diam kan ja.

Petang aku sampai rumah, duduk tengok tv. Dekat maghrib baru nak pi mandi. Pemalas. Hahaha. Macam biasa, tukaq pakai tuala dengan kain batik. Time tu dah pukul 8. Dekat rumah aku ada dua tv. Satu kat ruang tamu depan, satu lagi dekat depan pintu bilik aku. Mak ayah aku layan berita tv1 dekat tv depan bilik aku. Aku nak pi mandi, terberhenti depan tv. Tetiba, ada benda dekat skrin tv.

Baju putih, rambut panjang tutup muka. Okay dia datang lagi. Aku tunjuk dekat mak ayah aku, kot2 depa nampak. Masa aku tunjuk tu, benda tu ada ja kat skrin. “mak tengok lani. Tak kan tak nampak kot” mak kata tak nampak. Tetiba benda tu hilang. Em k. Aku terus pi mandi. Tak cakap banyak. Tapi nak tergelak. Tak dak tempat lain ka hang nak pi. Tv jugak. Nak popular ka? Hahaha.

Hari berganti hari. Asyik benda yang sama kacau aku. Sampai aku dah lali. Sampaikan aku boleh borak suruh benda tu pi tempat lain. Jangan kacau aku. Bergolek atas bumbung tu pun dah jadi benda biasa. Hampir tiap2 hari. Haih. Makin lama, benda jadi makin teruk sebab bukan aku ja kena kacau, sekali dengan adik2 aku, mak aku sekali.

Ayah aku, aku tak tau sebab dia tak kan buka cerita. Benda yang sama ja kacau kami. Perempuan rambut panjang baju putih. Kadang2 aku tidoq dengan adik aku. Temankan dia. Kat sekolah, kawan2 aku ajaq aku macam mana nak pagaq bilik, pagaq katil. Aku cuma berani pagaq katil saja. Kalau bilik tu, kena ada bantuan. Tak boleh sorang.

Lepas sebulan dua macam tu, benda tu tak berhenti juga. Nak juga sesatkan kami. Nak juga kacau. Then, ayah aku panggil ustaz mai rumah. Mai tengok keadaan rumah. Maka bermula lah sesi buang benda tu.

Ustaz tu mai, dia suruh tutup tv. Bagi sunyi. Dia bentang tikaq, letak barang2 dia kat ruang tamu. Aku duduk tepi mak dengan adik2 aku. Ayah aku duduk depan ustaz. Ustaz mula baca apa patut. Ustaz cakap, “pernah nampak dak benda tu? Tau dak jenis apa?”. Aku pun bagitau lah. Rambut panjang, baju putih, tapi tak tayang muka. Malu kot. Ustaz sambung, “saya nampak ni jenis langsiaq (langsuir) ni”.

Terkejut kami semua. Selama ni langsuir yang dok kacau kami. Tiba2 pulak adik aku, angah, teriak. Dia habaq kat aku, “akak, dia dok teriak tepi telinga cik ni. Kuat pulak tu”. Ustaz tu senyum, “dia sedih la tu malam ni dia nak pi tempat lain dah”. Hish ustaz ni. Sempat lagi.

Then, ustaz suruh tutup semua lampu. Suruh kami tunggu kat luaq. Ayah tutup semua lampu. Aku nak ikut masuk dalam rumah, tapi ayah tak bagi. Ustaz siap suruh bawak kamera. Haha apada ustaz ni. Ustaz terus buat kerja dia. Baca apa patut, lepastu pagaq rumah guna beras, lada hitam and garam kalau tak silap aku. Kejap ja semua siap.

Lepas hari tu, semua reda. Tak ada apa dah. Alhamdulillah. Tapi, seminggu kemudian, aku dapat mimpi. Benda tu datang. Duduk belakang rumah aku. Panggil2 nama aku sambil dok lambai. Em sedih la tu kena pegi tempat lain. Alhamdulillah dah tak ada apa lepas tu.

Itulah pengalaman aku kena kacau dengan langsuir. Pengajaran nya, jangan pernah mengalah dengan benda tu dan jangan tunjuk berani sangat. Okay, byebyee!

Sumber : Mia

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SERAM

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *