Hotel Popular Bilik 204.Sekitar Jam 10 Malam Aku Menghantar Makanan.Rupa2nya…

| May 3, 2017 | 0 Comments

Hotel Popular Bilik 204. Sekitar Jam 10 Malam Aku Menghantar Makanan. Rupa2nya…| Di antaranya aku rindukan maya, bos buat hal, #sicelupar dll. Kini, giliran pintu hatiku diketuk untuk berkongsi cerita. Maaf jika gaya penulisanku tak sehebat penulis lain. Terima kasih admin. Jom kita teruskan, kisah yang bakal aku tinggalkan disini bukanlah dari kisahku, tetapi adikku yang lebih mesra disapa Mia. Dalam keluarga kami, Mia antara yang Allah kurniakan deria ini.

Mia baru sahaja konvo beberapa bulan yang lepas. Periuk dan kuali adalah yang paling sinonim yang boleh aku kaitkan dengan si Mia, mesti korang dapat agak kan dia ambil jurusan apa? Yes! Kulinari.. Hihi. Jadi selalulah masakan, kek, biskut yang Mia akan bawa pulang. Sebelum menamatkan pengajian, adalah perkara wajib bagi semua pelajar menjalani latihan praktikal. Tidak terkecuali juga Mia. Setelah beberapa lama Mia memilih hotel untuk praktikal, keputusan terakhirnya adalah di salah sebuah hotel yang terletak di Ayer Keroh. Yaa kami berasal dari Melaka. Hotel ini tidaklah baru, aku rahsiakan nama hotel ya. Mungkin di antara pembaca juga pernah bermalam di sini.

Pendekkan cerita, bermulalah jadual Mia sebagai pelajar praktikal di sini sebagai pembantu chef. Tetapi di awal permulaan latihan Mia diarahkan untuk mula di bahagian f&b. Di awal Mia bekerja semuanya berjalan lancar, tiada sebarang masalah. Tiba disaat penghujung praktikal, beberapa minggu sebelum Mia menamatkan latihannya, di sinilah bermula. Pada satu hari seperti biasa Mia akan habis kerja pada jam 11malam. Dipendekkan cerita, setelah siap-siap Mia berkemas meja-meja dihadapan, telefon yang tidak berapa jauh daripada Mia berdering. Sempat mia menjeling ke arah jam tangan yang dipakai, jam menunjukkan jam 10malam. Mia terus mengangkat ganggang telefon, dihujung talian kedengaran suara lelaki. Suaranya tidak begitu kuat, juga tak begitu perlahan. Perbualan mereka diteruskan

Guest : “hello, saya nak pesan makanan boleh tak?”
Mia : “Ye boleh. Boleh saya tahu dari bilik berapa?”.
Guest : “bilik no 204″ nasi goreng kampung, fresh oren”.
Mia : “tunggu sebentar ye, kejap lagi saya hantar ke bilik encik”.

Perbualan tamat- telefon dimatikan.

Sebenarnya sudah dipesan awal, yakni sebarang order akan tamat pada jam 10. Order selepas jam 10 tidak akan dilayan. Tetapi dengan berbekalkan sekelumit rasa simpati di dalam hati, terpaksalah Mia mengambil order guest tu.

Seperti biasa, pesanan guest tadi terus dihantar ke dapur. Kedengaran bunyi kuali menandakan acara masak-memasak sedang berlangsung di belakang dapur. Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan telah pun siap tersedia. Tidak lengah, Mia terus mengambil pesanan tadi lalu membuka langkah menuju ke bilik no 204. Semasa di dalam perjalanan, baru Mia perasan yang blok bilik no 204 itu agak ceruk ke belakang. Sepanjang Mia bergelar pelajar praktikal di sana, belum pernah lagi Mia menghantar pesanan di blok itu. Itulah kali pertamanya, di mana kedudukan blok itu agak ke belakang terdapat pokok-pokok dan sedikit semak. Lampu-lampu di sepanjang laluan menuju ke blok itu juga seperti hidup segan mati tak mahu. Tidak dipasang penuh seperti blok-blok yang berada nun di bahagian hadapan.

Perjalanan tetap diteruskan apabila Mia berselisih dengan sesusuk tubuh lelaki yang agak ‘sado’ dan tinggi. Tetapi seperasan Mia lelaki itu gelap, hitam. Lalu Mia menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada encik itu. Mereka berselisih bahu, tetapi Mia tidak dapat menatap wajah ‘encik’ itu kerana terlalu besar & tinggi. (Mungkin mia hanya di paras bahunya sahaja) Dan ia pun berlalu. Sesampainya di bilik guest itu, Mia pun mengetuk pintu bilik, ketukan kali pertama hanya bisu, tiada jawapan dari dalam. Mia mengetuk beberapa kali lagi. Lama juga Mia menunggu, Namun, masih hampa kerana tiada jawapan, hanya senyap dan sepi. Kedengaran bunyi-bunyi cengkerik. Guest itu tidak pun membuka pintu.

Setelah beberapa minit menunggu tiada jawapan, Mia mengambil keputusan untuk pulang semula ke dapur. Lalu Mia beredar membawa pesanan tadi. Salah seorang chef yang berada di situ bertanya “siapa yang order?”. Jawab Mia, “tadi ada guest telefon dia pesan nasi goreng kg & fresh oren”. “Kenapa bawa balik makanan tu, tak hantar pada guest?”, Tanya chef lagi. “Saya ketuk pintu tapi takda orang yang buka”, jawab Mia. “Bilik nombor berapa?”, tanya chef. “Bilik no 204.” Jawab mia. Perbualan mereka terhenti buat seketika. Suasana tiba-tiba bertukar, mereka berdua saling berpandangan.. “Kenapa ya chef?”, Tanya mia lagi. Dari situ chef mula membuka cerita. “Kalau awak nak tahu bilik tu tak guna lagi, sebab ada benda yang jadi. Jadi bilik tu memang takda guest.” Tetapi, tidaklah diterangkan lebih oleh chef apa yang terjadi pada bilik itu. Terpaku Mia dengan jawapan dari chef.. Bahawa bilik itu tidak dibuka untuk guest. Salah sorang daripada staf yang berada disitu bingkas berlari ke reception.

Nak make sure sama ada ada guest yang check in bilik no 204 pada malam itu. Setelah ditanya, jawapan daripada pihak reception sangatlah menampar! Sah! Pada malam itu tiada seorang pun guest yang check in di bilik itu. Bukan saja di bilik tu, bahkan tiada seorang guest pun yang check in di blok itu pada malam tu! “Sebab tu lampu-lampu blok tu semua tidak dibuka.” Balas reception. (Wehh aku tak tahu lah mungkin nawaitu suci bebenor adik aku ni, sampai dia tak perasan pun yang blok tu gelap). Jadi yang membuat panggilan telefon dan pesanan nasi goreng kg, fresh oren? Jadi ‘encik’ yang Mia selisih semasa hendak menuju ke bilik no 204 itu siapa? (Masa aku interview dia sekarang ni mata dia macam nak nangis sebab dia terpaksa ingat balik apa yang jadi pada malam tu). Selepas kes malam tu, baru Mia tahu yang ada beberapa bilik yang memang takkan ada guest. Pihak f&b juga tidak lagi membenarkan Mia menghantar pesanan pada waktu malam. Hanya staf lelaki sahaja dibenarkan

Hari-hari berikutnya, kerja-kerja di dapur dilaksanakan seperti biasa. Mia telahpun ditukarkan ke bahagian dapur. Tidak lagi di bahagian f&b. Cerita pada malam itu benar-benar terpahat di fikiran Mia. Beberapa jam sebelum pulang, kira-kira jam 8.30 malam. Adalah menjadi rutin Mia akan mencuci dapur hingga bersih. Mengemas segala apa yang patut, (walaupun adik aku ni kecil orangnya, tapi kerja dapur berat-berat pun dia buat) Mia akan menyapu seluruh pelusuk dapur dan mengemop lantai-lantai dapur hingga bersih, make sure semua tempat bersih tiada sebarang kotoran yang tinggal. Kerja-kerja dapur Mia diteruskan seperti biasa.

Nak dijadikan cerita, pada malam itu sedang Mia asyik mengemop lantai dapur.. Tiba-tiba, hujung mata Mia seolah terkait dengan satu objek di hujung rak tempat Mia mop. Which is rak barang-barang kitchen taruk kat situ. Rak tu taklah besar sangat, rak yang boleh sumbat barang-barang kecil. Terdetik hati Mia sesuatu yang tak kena. Tetapi hati Mia tetap berdegil ingin tahu apa yang bermain dihujung mata. Dalam rasa was-was tambah rasa takut. Mia terus menoleh, alangkah terkejutnya Mia nampak ada sorang budak kecil yang muat-muat saja badannya di bawah rak-rak tempat letak barang-barang itu sedang pandang ke arah Mia. Budak kecil tu pandang Mia dengan tangannya memeluk lutut! (Aku tak tahu nak explain macam mana tapi aku rasa korang dapat bayangkan kot. Boleh bayangkan tak macam mana scary dia?! Shitt!). Logiknya mana boleh rak yang hanya muat barang-barang kecil tetapi boleh muat seketul badan. Mia campak mop di tangan terus berlari pergi keluar kitchen!

Sambil lari tercungap, Mia terserampak dengan kawan dia, “Sha! Aku nampak budak kecik kat bawah rak kat kitchen tu!”. Sebaliknya, reaksi wajah Sha? taklah seteruk wajah Mia yang terperanjat, tercungap. Tetapi Sha hanya selamba seolah-olah dia sudah ‘tahu’. Mungkin kerana Sha lebih ‘senior’ kat dapur tu. Sha hanya mengangguk dan Mia faham dengan bahasa tubuh Sha itu. Mia tidak bertanya lebih, dengan rasa takut Mia terus sambung semula membuat kerjanya. Perasaan takut masih lagi menebal. Terpaksa juga Mia habiskan kerja dia pada malam itu. “Kalau lambat, lambatlah aku balik nanti..” Rungut mia. Belum reda lagi hal tadi. Tiba- tiba sepasang mata Mia terpaku terpandang sesusuk tubuh perempuan yang rambutnya panjang membelakangi Mia tidak berapa jauh dari tempat Mia berkemas. Perempuan itu terus berjalan masuk ke arah bilik tu.

Which is bilik tu bilik simpan barang-barang kering. Macam stor besar jugalah macam tu. tidak lengah lagi Mia terus berlari follow perempuan tu, Mia follow sebab takut-takut perempuan tu nak amik barang. Bukan apa, kalau orang yang tak pernah masuk ke dalam bilik tu, for sure tak tahu kat mana tempat untuk mengambil barang (Melainkan orang dapur saja) kerana kebiasaanya adalah menjadi tugasan Mia jika ada sesiapa yang hendak mengambil barang Mia akan tunjukkan. Jadi, tetaplah dengan tugasnya itu maka Mia berlari mengekori perempuan itu. Sesampainya di hadapan pintu bilik, pintu bilik itu tertutup rapat. “Eh, baru tadi kejap aku berlari pintu tu terbuka luas, sampai depan pintu aku kena buka sendiri?”, getus hati Mia.

Mia rasa pelik. Tetapi Mia abaikan, mungkin dia leka atau mamai sebab tu tak perasan. Mia sudah pun berada di perut bilik, sambil menoleh kanan dan kiri. Mia mencari mana perginya perempuan itu. Lama juga Mia memerhati segenap perut bilik yang penuh dengan barang-barang. Tetapi tiada kelibat manusia yang Mia nampak. “Sah perempuan itu bukan manusia!”, getus hati Mia. (Kata Mia, masa ni baru dia perasan yang tu bukan orang) sepantas kilat Mia terus pusing mencari pintu dan cepat berlari keluar. Kalaulah Mia terus mencari ‘perempuan’ berambut panjang yang masuk ke bilik stor itu pada malam tu, memang cari naya. Pada malam tu saja bermacam benda yang terjadi.

Hari ke hari, ada saja kisah yang Mia nak cerita kat aku. Dalam takut berani aku dengar jugak kisah dia. Bukan apa, kalau tak ibu yang ambil dia balik kerja, mesti akulah yang kena ambil. Jadi dengan cerita-cerita dia tu buatkan aku lagi takut, nak pulak kena tunggu Mia depan hotel tuuu. Duhh, Inshaallah part 2 nanti aku lanjutkan. Banyak lagi kisah yang hendak aku coretkan, Tetapi tidak dapat aku teruskan kerana Mia sudah meremang bulu roma tiba-tiba. Korang faham-faham sendiri jelah ek. Jika ada kesempatan lain, aku akan interview Mia lagi. Terima Kasih semua.
Assalamualaikum.

Sumber :  Mia

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: KISAH SERAM

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *