Isteri Dicerai. Satu Malam Aku Ditenung Dari Ampaian. Apa Yg Di Alaminya Buat Ramai TERPANA !!!

| May 14, 2017 | 0 Comments

Isteri Dicerai. Satu Malam Aku Ditenung Dari Ampaian. Apa Yg Di Alaminya Buat Ramai TERPANA !!! | Aku perkenalkan diri aku sebagai Eyla. Nama samaran je ni. Bukan nama betul. Berusia 29 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah apa yang berlaku dalam hidup aku sendiri. Maaf sekiranya cerita yang ingin aku sampaikan ni tak menepati tahap keseraman yang korang nak.

Gambar Hiasan

Aku berkahwin awal ketika usia 19 tahun dan mempunyai ada pada usia 20 tahun. Perkahwinan aku tak lama. Aku tak sebumbung dengan bekas laki aku. Aku stay dengan family aku. Sebaik diijab kabulkan, hanya 2 hari dia balik rumah lepas tu makin jarang. Kalau berjumpa pun atas ‘keinginan untuk bersama’ di mana-mana hotel. (Dah macam ayam dah aku rasa diri aku masa ni). Tapi aku bodoh masa ni. Ikut je. Perkara berlanjutan sampai aku mengandung beberapa bulan.

Aku selamat lahirkan anak sulong aku pada mei 2008. Dan kami bercerai pada sept 2008. Sebab aku dah malas nak fikir lagi. Malas nak jadi isteri atas kertas atas sekadar pemuas nafsu. Ok buat pengetahuan korang bekas suami aku ni beza lebih kurang 20 tahun dari aku. Sebelum aku bercerai, aku dapat tau bekas laki aku ni dapatkan aku dengan cara salah. Dengan ilmu guna-guna. Jenuhlah pula mak aku ikhtiar bawa aku berubah. Last-last aku sendiri minta cerai. Aku ni dah macam lembu kene cucuk hidung. Bodoh je bila bekas laki aku layan aku serupa ayam!

Oh ye sebelum terlupa, sebelum bersalin aku dapat rumah. Tapi aku tak terus duduk rumah tu. Ayah aku yang cuci dengan adik-adik aku. Lepas habis pantang aku duduk berdua dengan anak sulong aku. Nak dijadikan cerita beberapa bulan lepas aku bercerai, aku selalu nampak kelibat dekat ruang tamu rumah aku. Masa tu aku jenis tidur tak tutup pintu. Mulanya aku buat tak tahu je. Anak aku pula masa tu jenis tidur lambat. Aku selalu layan tv kat ruang tamu. Lepas je pukul 10 malam aku rasa ada benda berdiri dekat pintu rumah aku.

Aku duduk PPR je. Dahlah dekat PPR ni memang selalu je gangguan tarik kerusi, orang drill, main guli, menumbuk dan macam-macamlah bunyi yang tak masuk akal waktu tengah-tengah malam. Bila aku ternampak kelibat tu melalui ekor mata aku, aku terus toleh. Tak ada apa pun. Aku pun buat bodoh jela. Tiba-tiba anak aku menangis menjerit-jerit. Masa ni dia lebih kurang dalam 7 bulan macam tu. Aku pun angkat dia masuk bilik lepas tutup suiz kipas, lampu & tv. Rumah aku tak pernah aku biarkan gelap.

Malam tu aku nampak atas almari aku perempuan rambut panjang, mata merah. Korang boleh imagine tak macam mana hantu dalam cerita ring tu merangkak? Macam tulah posisi dia duduk atas almari aku. Dia duk tenung je aku. Masa ni anak aku dah tidur. Aku nak bangun badan rasa berat. Nak capai hp kemain jauh lagi hp masa tu, dalam hati tak tau dah ayat apa aku baca. Semua jadi tunggang langgang. Duk tengok dia tenung je. Aku pun capai selimut selubung 1 badan.

The best part, dia boleh main cuit sana, cuit sini bila aku dah selubung tu. Tak cukup tu, aku dengar dia cakar dinding. Aku ni memang spesis penakut. Ketuk-ketuk tingkap bilik aku. Tingkap bilik aku ni mengadap jalan raya. Tak ada balkoni pun! Yang eloknya aku ni duk tingkat nun berbelas di atas. Dalam takut tu aku baca je apa yang aku boleh baca sampailah terlelap. Esoknya aku mandi siap-siapkan anak aku, berdesup aku pergi rumah ayah aku. Nak mengadulah. Nak buat apa lagi.

Bila aku cerita apa yang jadi ayah aku pun buka cerita.

“Malam yang kami buat baca doa kat rumah kau tu, ayah pasang 2 lilin. 1 tu dah lama pasang. 1 lagi ayah pasang lewat. Tapi lilin yang ayah pasang lewat ni dah nak habis sedangkan yang dah lama pasang tu separuh pun tak sampai lagi.”

Aku dah terdiam seketika dengar cerita ayah. Lama baru aku tanya kenapa.

“Masa baca doa tu, ada benda duduk dekat lilin tu. Dia tak bagi buat semua tu. Dia tak suka. Dia nak rumah tu biar masuk macam tu je. Tanpa sebarang bacaan doa atau ayat suci.”

Aku dah meremang. Masa dorang buat doa selamat tu, just sedara mara je. Tak sampai 10 orang pun. Masa tu rumah aku belum ada letrik lagi. Orang TNB tak pasang lagi. Plus PPR aku duduk tu baru je dalam proses permindahan. Then aku teringat 1 benda. Rumah aku pasang drill kat tingkap tandas dan tingkap bilik depan. Sebabkan tak ada ampai baju. Aku ikat tali dari drill tingkap tandas ke tingkap bilik. So ada tali ampaian melintang pintu masuk rumah aku.

Aku ceritalah kat ayah aku yang sebelum bercerai dulu, bekas laki aku pernah marah aku sebab buat ampaian macam tu. Dia cakap, “habis ilmu jatuh”. Yang ni memang aku tak faham. Tapi aku tengok ayah aku dah sengih. Aku rasa nak menangis masa tu. Yela bayangkanlah aku ni duduk berdua je dengan anak aku. Anak aku tu pula bukannya tau apa.

Tak lama lepas peristiwa tu, aku sakit. Sakit yang doktor sendiri tak dapat detect. Bekas laki aku memang tak henti-henti masej aku ajak jumpa. Aku buat tak layan je. Sebab hati aku sakit. Tapi entah macam mana dia ajak jumpa 1 hari ni, aku boleh setuju. Jumpa dekat kedai makan berhampiran tempat kerja aku. Dia ajak aku kahwin balik dengan dia lepas perempuan yang dia kahwin selepas aku tu tinggalkan dia sebab curang dengan askar. Padan muka kau! Rasakan macam mana sakitnya dipermainkan.

Aku tolak mentah-mentah. Balik kerja aku cerita kat mak ayah aku, dorang mengamuk sebab aku pergi jumpa. Bertahun lepas kisah tu jadi. Lebih kurang setahun lebih, perut aku membusung. Sini puncak segala gangguan terhadap aku. Dahlah membusung, orang kata aku pregnant tak de laki. Bukan orang lain yang bercakap tu. Mak cik aku sendiri. Aku pasrah. 1 hari Allah akan bentangkan kebenaran. Tu je yang mampu aku pujuk hati aku masa tu.

Aku tak boleh tidur malam. Anak semakin jauh dengan aku. Terpaksa biar duduk dengan ayah aku sebab emosi aku terganggu. Aku bukan gila! Kau bayangkan malam-malam dia muncul kat balkoni dapur. Tenung aku yang sibuk nak buat susu anak. Tenung aku yang nak ke bilik air. Duduk depan pintu rumah, bila aku pandang slow je mengundur dan menghilang disebalik dinding.

Baru nak lelapkan mata dengar bunyi perabut kena seret makin lama makin kuat. Dinding luar dekat tingkap bilik aku tu dia main cakar-cakar. Siap mengilai. Bila aku pandang arah tingkap berdesup dia terbang. Bila keadaan semakin teruk, pak cik aku tolong pagar rumah. Tapi tak lama tembus juga benda tu masuk. Makin di pagar makin ganas. Ayah bawa berubat pun seketika cuma. Last aku balik kampung berubat dengan anak murid arwah atok aku. 3 hari aku ditegah tidur kat rumah. Aku balik ambil baju je.

Lepas tu aman. Tak ada dah gangguan dan aku tau dari siapa punca gangguan tu. Dalam aku fikir semuanya dah berakhir rupanya tak. Saban tahun ada je gangguan yang aku terima. Adik aku di ganggu. Pocong duduk di tepi pintu bilik. Bila tidur je selimut dia di tarik. Kalau kawan-kawan dia datang rumah, makin seronoklah benda tu kacau. Sampai adik aku demamlah. Dan sehingga ke hari ni, aku masih diganggu. Bahkan anak aku turun nampak. Sampai takut nak ke bilik air dah anak aku tu.

Kalau anak aku yang no 3 tu nampak benda-benda macam ni dia akan bersilat. Aku tak tahu kenapa tapi lepas pada tu memang tak de dah benda tu. Pernah 1 hari tu anak aku tumbuk dinding tingkap bilik aku. Masa tu aku dapat rasa ada benda bertenggek kat tingkap. Buat pengetahuan korang anak aku ni baru 3 tahun. So kalau bawa dia keluar memana dan nampak dia bersilat tu, memang kitorang akan ambil langkah berjaga-jaga.

Anak aku tak pernah menuntut silat dari sesiapa. Apatah lagi usia dia baru 3 tahun. Dan yang terbaru, aku sakit lagi. Aku pasang ruqyah. Aku merengek kepanasan. Aku dalam bilik masa tu. Aku cakap kat suami aku yang aku nak keluar sebab panas sangat. Aku tak tahan. Aku nak tutup ruqyah tu tapi dia tak bagi. Jadi aku nak keluar pun dia tak bagi. Lebih kurang 10 minit lepas aku cakap nak keluar, suami aku keluar pergi dapur. Buat susu anak. Dia masuk je bilik tanya aku panas lagi tak. Aku cakap dah kurang. Dia ajak aku mandi tapi aku kata sejuk. Aku berkeras tak nak mandi.
“Dia dah balik dah. Sebab tu dah tak panas lagi.” Aku buat tak tahu je apa yang suami aku cakap. Yang aku tahu aku cakap aku nak tidur.

Esoknya suami aku pun hantar whatsapp bagitahu kenapa dia cakap benda tu dah balik. Rupanya ada yang menunggu aku keluar dari bilik. Tingkap ruang tamu aku tak tutup masa tu. Suami aku nampak langsuir bertenggek kat tingkap tu. Elok je suami aku pandang dia, dia terbang. Suami aku cakap tak tahulah apa akan jadi kalau aku yang keluar masa tu.

Suami aku dalam proses nak bawa aku balik berubat lagi sekali tapi macam yang pernah jadi sebelum-sebelum ni, semua gagal. Kandungan aku juga pernah hilang ketika usia 10 minggu. Kalau korang nak tau, gangguan ni terjadi akibat perbuatan syirik orang. Yang aku sendiri tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku. Aku mohon maaf sekali lagi kalau cerita aku ni tak menepati tahap seram yang korang harapkan. Aku ni tak pandai menulis sangat.

Sumber : Eyla

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SERAM

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *