Maafkan Ibu Ya !!! Setelah 5 Bulan MenantiMu. Satu Kejadian Yang Buat Ramai MENANGIS …

| May 3, 2017 | 0 Comments

Maafkan Ibu Ya !!! Setelah 5 Bulan MenantiMu. Satu Kejadian Yang Buat Ramai MENANGIS … | Aku N.A, sudah berkahwin 2tahun.Kisah aku bermula lepas 11 bulan aku berkahwin. Genap 11 bulan aku kahwin, aku baru disahkan mengandung zuriat pertama. Syukur tak terkata. Allah berikan rezeki buat kami suami isteri.

Gambar Hiasan

Perjalanan dalam tempoh mengandung semuanya ok. Aku sihat, Anak pun alhamdulillah. Aku bertambah syukur bila langsung tak ada sebarang alahan.

Genap usia kandungan 4 bulan, tiba-tiba doktor KK (Klinik kesihatan) sahkan anak aku tak sempurna. Lalu nasihatkan aku untuk gugurkan kandungan. Allahuakhbar. Luluh hati aku. Aku pohon doktor untuk rujuk kes aku ke pakar O&G di hospital. Masih berharap keajaiban berlaku. Masih berharap in semua satu kesilapan.

Bila balik rumah, menangis aku. Tak mampu nk ungkapkan apa-apa. Suami tertanya-tanya. Aku hanya mampu bagi buku pink untuk suami baca apa yg ditulis.
Seluruh ahli keluarga perlu diberitahu. Tapi aku tak mampu.

2 minggu kemudian, aku masih mengharapkan keajaiban berlaku. Masih mengharapkan anak kami sihat. Kami berjumpa dengan pakar O&G dan buat detailed scan. Ya, memang anak kami tak sempurna seusianya.

Saat usia kandungan 4 bulan, sudah aku rasa pergerakannya. Tak sangka dia tak sempurna. Jantung, hati, usus semua di luar. Andai dia hidup, dia tetap tak mampu. Doktor bagi masa untuk kami buat keputusan. Aku minta tempoh seminggu.

Selama seminggu, kami mohon petunjuk dalam istikarahku. Moga Allah berikan jalan yg terbaik buat kami.

Aku bermimpi. Mimpi dalam pantang tanpa anak disisi. Mimpi yg sudah cukup beri 1000 makna buat aku. Dalam hati, aku redha.

Aku bersyukur, diri ini diberi ujian. Dan diri ini kuat untuk lalui semua ini. Suami keluarga banyak beri kekuatan.

Genap usia kandungan 5 bulan, lahirlah putera kami secara normal (induce). Sudah cukup sempurna kejadiannya, cuma organ dalaman tak sempurna. Aku bersyukur.

Sekarang sudah genap 6 bulan dia pergi tinggalkan kami. Kami masih menanti zuriat kedua. Moga ada rezeki buat kami lagi. Sekarang hati makin sensitif pulak bila timbul isu anak. Kawan-kawan, sepupu sepapat pun ramai dah yg ada anak, yg mengandung. Tambah sedih bila tengok ramai yg upload kegembiraan pregnancy journey di social media.

Apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini ialah:

1) Masa mengandung, please minta doktor untuk buat detailed scan. Supaya dapat tengok keadaan kandungan dengan terperinci. Supaya sebarang kemungkinan dapat diatasi

2) Buat bakal ibu-ibu, kurangkanlah upload pregnancy journey anda di social media. Dalam kalangan anda, masih ada yg masih belum dikurniakan zuriat. Jadi jagalah setiap kata-kata dan tingkah laku.

3) Buat pasangan yg masih menunggu rezeki macam aku, jangan putus asa. InshaAllah saat itu pasti akan tiba kelak. Teruskan usaha, berdoa lalu tawakal pada Allah.

Dengan ini, aku doakan semoga semua pasangan macam aku yg masih menanti, moga Allah kurniakan zuriat buat kita semua, InshaAllah. Doakan aku jgak ya!

Terima Kasih sudi baca coretan aku!

Sumber : N.A

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *