Setiap Petang Jiran Kita Suka Tenung. Apa Yg Terjadi Buat Kami TERKEDU. Rupa2nya..

| May 22, 2017 | 0 Comments

Setiap Petang Jiran Kita Suka Tenung. Apa Yg Terjadi Buat Kami TERKEDU. Rupa2nya.. | Hai pembaca semua! Pengalaman seram ni aku dapat semasa menjalani latihan industri selama 2 bulan di Cameron Highlands. Haa sape sangka tempat pelancongan yang cantik gini boleh jadi seram gitu. Aku pun tak sangka. Masa tu tahun 2011 kitorang last semester kena buat latihan industri, masing-masing cuba apply tempat yang sesuai.

Gambar hiasan

Aku tertarik dengan Cameron Highlands ni, kan sejuk, cantik pula. Dah hantar surat untuk kebenaran buat praktikal, akhirnya aku memang ditakdirkan ke Cameron Highlands. Alhamdulillah geng dengan sorang kawan baik, takde la sunyi kalau bertemankan.

Dengan bantuan kakak dan abang ipar yang baru kahwin, diorang hantar kami ke sana sambil ambil peluang honeymoon. Sampai saja kat tempat praktikal tu, pak guard bawa kami ke tempat untuk kami tinggal sepanjang berada kat situ. Punya la seronok dapat tinggal kat apartment 3 bilik, sedangkan kami berdua je. Yang tak syoknya apartment tu kotor dan kami ramai-ramai pakat bersihkan satu apartment. Lepas bersihkan rumah tu kami santai kat luar beranda minum petang. Masa tu aku perasan ada mak cik dari blok apartment sebelah dok tenung tajam kat kami. Rasanya kami takde buat bising jadi aku abaikan je la.

Malam tu kakak dan abang ipar tidur bilik utama, aku dengan kawan ni nama Ana tidur kat satu bilik dan bilik satu lagi kami biarkan je kosong. Esoknya lepas dah tour Cameron Highlands kakak dan abang ipar aku balik ke KL, maka bermulalah episod seram aku dan Ana. Sepanjang hampir seminggu dok sana kami sangat gembira sebab semua staff dan kakitangan sangat ramah dan layan kami dengan baik. Tapi mak cik-mak cik selalu tanya ok tak dok rumah tu dan selalu pesan jangan tinggalkan bilik kosong tak digunakan. Jadinya pagi tu Ana buka la pintu bilik yang kami tinggalkan tak berusik lepas dibersihkan dan plan nak guna untuk simpan barang.

Aku ok je la. Petang balik kerja seperti biasa kami sampai pukul 5.30 depan pintu. Yang peliknya aku dah masuk dan pusing kunci kat tombol tapi tak dapat buka pintu. Eh apesal plak ni! Aku suruh Ana pula buka, dah tangan aku tak boleh kot tangan dia ajaib boleh pula. Dia pun sama. Dekat setengah jam kami struggle nak buka pintu, aku dah cuak rasa macam ada yang tak kena. Tiba-tiba si Ana seru nama aku. Bila aku toleh dia, dia toleh aku macam bagi isyarat gitu..terus kami memecut lari turun tangga. Masing-masing tak sedap hati! Dah buntu fikir macam mana nak masuk rumah tu akhirnya kami decided call pak cik yang urus penginapan kami kat situ.

Dalam 10-15 minit pak cik tu sampai dengan tukul. Ana ajak naik sama tapi aku tak nak, jadi kami tunggu je kat bawah. Kami dengar pak cik tu cam memekik dan bunyi tukul juga. Tak lama pak cik tu turun dengan muka peluh-peluh. Aku makin tak sedap hati. Pak cik tu just cakap dah boleh buka dan pintu ada masalah sikit. Aku dan Ana angguk tanpa banyak soal. Lepas pak cik tu balik aku ragu-ragu nak naik tapi Ana heret juga aku naik. Dengan hati berdebar-debar dan ayat kursi tak berhenti baca kami meluru masuk, cepat-cepat cari buka laptop buka orang ngaji. Barulah rasa tenang sikit. Petang tu juga aku dan Ana pagar rumah kami tinggal tu.

Kami cuba korek cerita dengan mak cik-mak cik kat situ tapi sorang pun tak nak buka mulut macam mengelak gitu. Jadi aku dan Ana let go je la tapi masih berhati-hati supaya tak berlaku lagi. Tak lama tu datang budak-budak baru buat praktikal juga, sebahagian dok serumah dengan kami sebahagian lagi ditempatkan kat atas bukit. Budak-budak baru ni muda sikit, jadi kami la ketua rumah dan hakak-hakak yang membimbing depa. Bila ramai penghuni susah la nak kontrol kan. Aku dan Ana pula tak cerita apa-apa sebab tak nak takutkan depa. Tapi akhirnya kejadian pintu rumah tak boleh buka berulang lagi!

Petang tu aku dan Ana balik lambat sikit. Sampai je kat rumah heran nape budak-budak belum masuk. Bila depa kata tak boleh buka pintu aku dan Ana saling tukar isyarat. Macam sebelumnya kami call pak cik tu untuk tolong, dan seperti sebelumnya dia berjaya buka. Muka pak cik tu pucat! Aku tahu ada yang tak kena. Malamnya isteri pak cik tu datang dan suruh Ana turun, dia tak nak masuk rumah kami! Ana naik dan cerita kat aku yang pak cik tu sebenarnya gaduh dengan ‘benda’ untuk buka pintu rumah kami, dan bangunan kami tinggal jarang ada penghuni. Dia pesan supaya kami behave dan hati-hati.

Wing sebelah apartment kami dijadikan tempat pelancong menginap, dan wing kami duduk memang dah lama orang tak tinggal kecuali tingkat 2 kadang-kadang ada sekumpulan lelaki menginap untuk buat maintenance. Dan dengarnya tapak apartment kami duduk dan apartment sebelah asalnya tempat sembahyang orang Hindu. Makanya aku dan Ana memutuskan untuk cerita hal sebenar pada budak-budak supaya tak lagi berada di beranda waktu Maghrib, kurangkan kebisingan. Budak-budak tu mula la takut-takut, jadi kami decide untuk tidur semua satu bilik, bilik lain-lain untuk letak barang-barang dan masuk tukar pakaian gitu je.

Kononnya kami diusik kerana ‘benda’ tu datang melawat disebabkan keriuhan yang kami buat. Patut la tidur malam aku rasa macam ditenung orang. Patut la juga mak cik blok sebelah tenung tajam kat kitorang, ada kisah rupanya. Aku ingatkan gangguan tu dah berakhir tapi pantang kami buat silap sikit ‘dia’ datang balik. Satu pagi tu ada budak ngadu semalam terdengar bunyi orang main guli. Pagi tu juga aku rasa macam ada kelibat hitam lalu kat belakang sewaktu aku jengah nak ambil barang dalam bilik. Ana jumpa aku personally dan minta maaf. Al-kisahnya kelmarin kami lepak kat ladang dan aku tengok Ana dok main batu seremban.

Aku tegur jangan kutip batu tu, letak balik nanti. Ana kata ok tapi entah kenapa dia terlupa pergi masukkan batu tu dalam beg. Tu punca jadi gangguan. Aku tak boleh nak marah, kawan kan. Jadi ramai-ramai kami pergi pulangkan balik batu tu. Dah ok! Tak lama tu mak ayah aku datang melawat dengan abang sambil jalan-jalan kat sini. Abang bagi satu ayat Quran suruh tampal kat pintu untuk redakan ketakutan aku dan pagar rumah kami. Tapi aku pula silap overexcited dapat jumpa mak ayah. Mak ayah dan abang menginap kat wing sebelah rumah kami. Lepas makan ramai-ramai aku bermalam bersama mak ayah dan abang.

Malam tu aku tidur lambat sikit. Abang tidur sorang, ayah tidur dengan anak buah aku, jadi aku masuk la dalam bilik nak tidur dengan mak. Sekali bila aku panjat katil kena cerlung mata bulat kat mak aku! Terkejut, lemah kaki tangan rasa. Slow-slow aku mengundur turun katil dan pergi bilik ayah, kejutkan ayah cerita apa yang berlaku. Ayah aku pun pergi jenguk mak pastu cakap takde apa, pergi tidur dengan mak. Walau berat hati aku kentalkan semangat tarik selimut baring tepi mak..huhu. Overexcited sangat..kan dah kena! Lepas tu alhamdulillah gangguan dah tiada..tapi kami masih hati-hati la juga kan.

Ada adik-adik kat situ yang mula kamcing dengan kami cerita macam-macam kejadian sebenarnya, tapi sebab diorang dah biasa takde heran sangat la. Siap ada sorang adik tu memang mata dia boleh nampak makhluk halus. Haha..aku yang naik seram plak. Lepas tu ada dengar budak-budak praktikal yang tinggal atas bukit pun kena ganggu juga. Bau kemenyan waktu pagi la, macam-macam lah. Ingatkan kami je..hihi. Masuk bulan Ramadhan kami lega sangat-sangat, kan syaitan kena ikat..tapi tak huha sangat dah pun. Bulan puasa lagi kena jaga perangai kan. Aku dan Ana dah nak habis praktikal, junior-junior ada seminggu lagi.

Berat hati nak tinggalkan diorang, risau pun ada. Tapi fikir bulan puasa insyaAllah takde apa-apa. Itulah pengalaman seram aku kat sana. Takde seram sangat pun, tapi dah selalu aku yang terkena, ternampak, terasa..menangis juga wei!! Huhu..Bila husband ajak bercuti kat Cameron aku teragak-agak tapi bila fikir dengan waras pergi mana-mana pun makhluk ni ada, dah ciptaan Tuhan juga. Cuma kita bila dah masuk tempat orang jagalah adab, jangan kacau dia baru dia tak kacau kita kan. Akhirnya aku tetap kembali ke Cameron Highlands cuma masih mengelak daripada menginap kat sana. Haha..tak nak ambil risiko. OK itu saja..terima kasih sudi baca!

Sumber : Siti

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SERAM

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *