Ujian Dari Allah. Penyakit Pelik Menimpa Keluargaku. Apa Yg Dilakukan Oleh Ibu Bapa Ini Buat Ramai TERSENTUH !!!

| May 14, 2017 | 0 Comments

Ujian Dari Allah. Penyakit Pelik Menimpa Keluargaku. Apa Yg Dilakukan Oleh Ibu Bapa Ini Buat Ramai TERSENTUH !!! | Terima kasih admin kalau siarkan artikel saya ni.. maaf kalau cerita saya ni panjang sangat.Biar aku perkenalkan diri sebagai D. Umur aku sekarang awal 30an. Dah berumah tangga dan mempunyai 2 cahaya mata.

Gambar Hiasan

Kat sini aku nak kongsikan kisah hidup aku dan macam mana aku lebih menghargai apa yang aku ada sekarang dari mengejar angan-angan yang tidak berfaedah.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. So , korang faham-faham lah maksud susah kat sini means mak ayah kau memang takde duit extra untuk leisure or medical or apa-apa yang tak penting selain duit untuk makan dan anak-anak belajar.
Kisah aku bermula masa aku umur 11 tahun, masa tu sukan sekolah, aku masuk acara lari. Lepas lari tiba-tiba aku jatuh dan kaki aku rasa amat sakit. So, ayah aku bawa aku pergi hospital sebab nampak kaki aku bengkak. Tapi sebab hospital yang ada kat tempat aku masa tu bukan hospital besar, jadi ayah aku di suruh bawa aku pergi jumpa pakar kat hospital yang ada pakar masa tu paling dekat adalah Hopital TAR, Klang. Disebabkan ayah aku hanya ada motor buruk yang tak boleh bawa jauh-jauh, aku ngan ayah aku pun pergilah hospital tu dengan naik bas. So, korang bayangkan lah masa tu perjalanan nak ke hospital dari tempat aku tinggal tu kene tukar 3 biji bas and ambil masa almost 2 setengah jam nak sampai situ. Bukan sekali 2 nak kene pergi sana..banyak kali sampai lah end up dengan aku kene operate sebab dikategorikan sebagai ada tulang terlebih kat dua-dua kaki. Masa ni aku kecik lagi tak faham sangat pun susah payah mak ayah aku nak pastikan aku jadi sihat. Yang aku tahu aku kene operate je..

Kemudian, masa aku umur 13 tahun. Aku ada seorang abg, sebenarnya arwah abg. Abang aku ni dapat sambung belajar kat satu university tempatan. Masa ni, takde anak orang kampong yang dapat masuk university. Kiranya abang aku dengan ada sorang anak cikgu ni yang berjaya masuk university. Memang bangga sangat lah kami sekeluarga. Baru beberapa bulan abang aku belajar kat sana, dia pun sama ada jatuh dan bengkak tangan. Apa yang silap, arwah abang aku bawa pergi berurut pada orang yang mungkin tak berapa mahir mengurut. So bila ada la lecturer dia yang perasan macam dia sakit, lecturer dia bawa pergi hospital. So suatu hari mak ayah aku dapat panggilah kene ke hospital.( mak ayah aku dah tahu abang aku sakit masa ni) tapi yang lebih menyedihkan dan mengejutkan, doctor sahkan abang aku kene kanser tulang. Ok..kanser..penyakit yang agak rare masa tahun ni. Kalau dengar memang rasa gerun. So benda ni jadi kat family sendiri. And bayangkan family aku bukan lah dari family yang senang.. kira bermulah sekali lagi episode mak ngan ayah aku berusaha bawa arwah abg aku berubat. Pada aku itu adalah kesilapan terbesar kami.. at first, doctor suruh buat kimo, and operate. Tapi kami tak pergi pun treatment tu sebaliknya pergi jumpa bomoh, dukun dan ustaz bagai serta ambil homeopathy. Tak usah bayangkan berapa banyak duit habis bergadai bagai.. Dengan permintaan mengarut minta jarum emas lah, ayam hitam lah, pulut kuning lah..Aku masa ni duduk asrama, so aku tak berapa tahu rawatan yang mak ayah aku bawa arwah abg aku. Tapi bukan sorang dua bomoh, berpuluh kot serata Malaysia. Sampai lah satu tahap, ada seorang pengamal perubatan ni, perempuan, kira aku panggil nenek. Dia datang rumah tengok abg aku, dia kata ada benda orang tanam kat depan rumah aku. So malam tu, dia dengan ayah dan sorang pakcik aku keluar ke depan halaman rumah. Aku tak ingat sangat peristiwa ni, yang aku ingat benda yang ditanam tu adalah botol kaca. Dalam botol yang ditutup tu dengan kayu manis ni ada lakaran muka orang dengan gambar anak panah tuju pada jantung. Juga cebisan tulang dan daging yang berbulu dan mereput. So, teorinya, ada orang tak puas hati kat arwah abang aku, nak tuju jantung tapi kene tangan. Wallahuaklam.

Aku pendekkan cerita, abang aku akhirnya kene ke hospital juga. Dia yang nak pergi. Masa tu PPUM masih dipanggil Hospital Universiti. So ayah aku tak kerja jaga arwah abang aku. Mak aku kat rumah jaga ada adik-adik aku yang masih bersekolah. Kalau nak pergi melawat memang mohon ihsan sedara mara bawa pergi sana. Alhamdulillah..sedara mara mak ayah aku memanglah insan-insan yang berhati mulia. Bila doctor sahkan kanser abang aku dah sampai paru-paru dan memang tiada harapan, apa yang kau akan doa pada Allah? Masa ni yang aku ingat aku doa Allah ambillah nyawa abang aku dan tempatkan dia dalam golongan hambaNya yang sabar. Sebab abang aku adalah manusia yang paling sabar yang aku pernah jumpa.

Kemudian, kisah aku pula di asrama. Since sekolah menengah lagi aku memang ada sakit gastrik yang agak teruk. Tapi aku anggap memang dari sikap aku yang cerewet makan. Banyak benda yang aku tak makan. ( Bila kau dari family yang jarang-jarang makan ayam daging, so kau memang alah nak makan benda ni kat mana-mana). So, sakit aku ni berterusan sampai aku start kerja. Aku ingat sangat sebab masa ni aku nak kahwin. Dalam 5 bulan sebelum aku kahwin sakit gastrik aku makin teruk. Tapi sebab aku dah kerja, takde hal duit nak pergi klinik. Sampailah suatu hari mak aku yang risau tengok aku dah tak boleh tidur malam. Mesti terjaga sebab perut rasa pedih giler and kau kene teguk galviston ke apa-apa ke nak bagi hilang pedih perut. And masa ni aku dah kronik tidur pun tak boleh baring. Aku kene tidur duduk. Dengan paksaan mak aku, aku pun pergilah hospital. Masa ni aku baru kahwin 2 ke 3 bulan. Lepas buat endoscopy, doctor sahkan aku ada tumor dalam perut aku. Kau rasa apa masa ni? Haha.. baru kahwin 2, 3 bulan, baru kerja setahun dua nak bantu mak ayah kau.. doctor kata kau ada tumor and tak sure kanser atau tak.. dengan sejarah arwah abang aku yang mak ayah aku tak heal lagi. Tambah pulak giliran aku sekarang. Masa ni aku rasa langit runtuh atas kepala aku sendiri, rasa nak bawa diri, nangis je setiap masa. Rasa aku tak puas lagi hidup. Rasa banyak benda yang aku nak buat tak sempat dah. Agak nya ini lah yang arwah abang aku rasa masa dia di diagnos kanser dulu.

Dari pengalaman arwah abang aku, aku memang langsung tidak berubat secara tradisonal ke, jumpa bomoh, mahupun pengamal perubatan islam. Even ada kawan aku kata dia ada kenal si polan yang boleh remove tumor secara batin or what ever, aku memang serik. 100% aku follow treatment dari hospital saja. Alhamdulillah, setelah operate, sampai sekarang aku sudah sihat. Terima kasih mak ayah adik2 dan en.suami. Sepanjang aku di hospital masa tu, mak aku jaga aku. Bila badan kau penuh wayar, sambung kat perut, kat hidung, tangan kiri kanan, siap ada kat pundi kencing, kau bayang kan keadaan aku. Memang terbaring je.. Kalau ada gatal kat mana2 memang kene mintak mak garu kan.. belum masuk bab buang air dan mandi.. Semua mak aku buatkan.. Lepas je aku sehat benda pertama aku buat, aku bawak mak aku pergi kedai emas, aku belikan dia rantai gelang harga RM4500. Itu pun aku rasa masih tak cukup nak balas jasa mak aku.

Tapi cerita ni tak stop sampai sini. Haha.. bila tumor dalam perut aku tu dekat bahagian yg perut aku kene remove separuh(tak boleh remove tumor je, kene buang sebahagian perut) which is saiz perut kau akan jadi macam saiz perut budak umur 5,6 tahun, maka portion makan kau akan sikit. Aku tak boleh lah berangan sangat nak makan ala buffet semua boleh rasa..siap2 jam kau muntah kat situ juga.. And bila half of stomach aku dibuang, ada bahagian perut yg akan absorb certain mineral and then can’t function well. Kesannya.. aku sekarang kurang banyak mineral dalam badan. Last year siap kene masuk darah 2 pint jugak lah sebab hb jadi 6.6.. Gall blander infection and early stage of arthritis. Kuku aku tak yah cakap macam orang nak mereput.. Tapi aku sangat positif untuk baik. Aku tak skip mana-mana treatment sampai aku sihat. Dah jadi rutin aku rumah kedua tu hospital. Demi keluarga aku perlu sihat..
Sekarang aku amat meghargai insan-insan sekeliling aku yang banyak bantu aku ngan family aku. Aku lebih suka spend duit aku utk mereka dari mengejar beli barang mewah even aku boleh je beli kalau nak. Aku rasa apa yang aku dah spend utk mereka sekarang ni pun masih tak cukup utk balas jasa-jasa mereka.

Hargailah keluarga kita, barang yang kita beli ni semua akan kita tinggalkan juga suatu hari nanti, tapi doa dari keluarga yang diingati akan tetap bersama kita ke mana-mana. Dan kalau kita ditimpa apa-apa musibah, jangan sesekali berputus asa. Usaha, insyaAllah penawar itu ada.

Sumber : Mommy D

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *