GRO MENGGANAS Di Gua Musang. Perbuatan Di Bulan Ramadhan Buat Ramai TERDUDUK !!!

| June 1, 2017 | 0 Comments

GRO MENGGANAS Di Gua Musang. Perbuatan Di Bulan Ramadhan Buat Ramai TERDUDUK !!! | KOTA BHARU – Ibadat bulan Ramadan yang sepatutnya dipenuhi dengan amalan kerohanian dicemari dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral apabila dua lokasi berasingan di Gua Musang dikesan menyediakan khidmat layanan Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO).

Namun tindakan licik pemilik premis berkenaan berjaya dihidu dan kawasan terbabit diserbu dalam Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan.

Operasi di dua lokasi itu diketuai oleh Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff bersama 30 anggota dan pegawainya.

Wan Mohammed Saupee berkata, serbuan bermula sekitar jam 11 malam sehingga jam 1 pagi itu berjaya menahan enam wanita warga Thailand yang sedang leka melayan pelanggan termasuk seorang lelaki warga tempatan yang melindungi wanita terbabit.

“Melalui serbuan di lokasi pertama, dua wanita warga Thailand berusia antara 30 hingga 47 tahun ditahan .

“Manakala dalam serbuan di lokasi kedua, kita berjaya menahan empat wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 37 tahun.

“Turut ditahan dalam premis di lokasi kedua itu, seorang lelaki Cina warga tempatan yang didapati melindungi wanita-wanita GRO terbabit di premisnya,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata, modus operandi yang dijalankan pihak terbabit adalah menggunakan premis restoran dengan khidmat karaoke disamping menghidangkan hidangan arak serta menyediakan layanan GRO.

“Kita juga mengesan kebanyakan pelanggannya adalah warga tempatan dan juga pekerja warga asing yang bekerja di sekitar kawasan terbabit.

“Kesemua enam wanita warga Thailand itu ditahan kerana menyalah gunakan pas lawatan untuk menjadi pelayan di dua premis berkenaan.

“Manakala lelaki Cina tempatan itu ditahan kerana menyembunyikan dan melindungi wanita terbabit di premisnya,” katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua Pati terbabit dihantar ke depot tahanan Tanah Merah dan lelaki terbabit ditahan untuk tindakan susulan.

“Semua mereka ini ditahan atas kesalahan 51(5)(b) & Seksyen 51(5)(a) Akta Imigresen untuk siasatan.

“Sejajar dengan usaha berterusan dalam menangani permasalahan kehadiran Pati dan kegiatan tidak bermoral yang didalangi oleh rakyat tempatan, kami di Jabatan Imigresen akan mempergiatkan operasi-operasi penguatkuasaan dan tidak menjadikan bulan Ramadan sebagai alasan untuk memperlahankan tindakan operasi imigresen.” katanya.

Sumber :  Sinar Online

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *