Jasa Seorang PEMUNGUT Sampah. Apa Yg Dilakukan PEMUDA Ini Buat Ramai NETIZEN “Habuk Masuk Dlm Mata”

| June 28, 2017 | 0 Comments

Jasa Seorang PEMUNGUT Sampah. Apa Yg Dilakukan PEMUDA Ini Buat Ramai NETIZEN “Habuk Masuk Dlm Mata” | Gambar yang sekelip mata menjadi tular di laman sosial. Seorang anak yang baru bergraduasi dan berjaya menamatkan pengajian dari Chulalongkorn University sujud pada kaki bapanya, seorang pemungut sampah dan pemandu lori sampah.

Gambar Hiasan

Bapanya melakukan kerja tersebut setiap hari bagi memenuhi keperluan anaknya ke menara gading.

Gambar yang dengan pantas menjadi tular dalam kalangan netizen Thailand, menunjukkan seorang anak, Klanarong Srisakul yang berjaya menamatkan pengajian dari Chulalongkorn University, dengan memakai jubah graduasi universiti tersebut sujud pada kaki bapanya, yang merupakan seorang pemungut sampah dan pemandu lori sampah.

Anaknya bersyukur dan berterima kasih kepada ayahnya kerana kerja keras beliau dalam menanggung perbelanjaan pengajian Klanarong.

Impian ayahnya sendiri adalah melihat anaknya suatu hari mendapat pengajian yang yang lebih tinggi dari dirinya.

Klanarong memberitahu Bangkok Post bahawa, sebagai seorang anak pemungut sampah, dia amat bersyukur kerana akhirnya berjaya membuat ayahnya berbangga dengan pencapaian beliau.

“Ayah saya tidak memiliki kerja yang berprestij. Dia (ayah) pernah membandingkan kerjanya sebagai bertanding dengan cacing. Ayah saya membawa lori sampah untuk menyara hidup,” Klanarong menulis kepada Bangkok Post.

Klanarong memberitahu bahawa dia pernah suatu ketika dahulu malu dengan kerjaya bapanya. Dia tertanya kenapa bapanya tidak memakai pakaian yang hebat seperti bapa yang lain yang menjawat kerja sebagai askar dan polis.

Suatu ketika dahulu, bapanya pernah menangis secara senyap apabila mengetahui anaknya gagal dalam ujian kemasukan menjadi tentera. Klanarong mengambil perkara itu sebagai pembakar semangat dan memasang impian untuk berjaya di salah sebuah universiti terbaik di Thailand.

Hasilnya kelihatan apabila Klanarong berjaya menamatkan pengajian di Chulalongkorn University.

Anaknya memberi kata-kata penghargaan kepada bapanya berserta gambar.

“Saya ingin melihat kamu (bapa) gembira dengan kejayaan yang kita cuba perjuangkan selama ini. Anak pemandu lori sampah ini akhirnya berjaya membuatkan ayahnya bangga! Jangan pernah rasa malu. Kamu (bapa) merupakan seorang lelaki yang baik dan rendah diri. Saya sangat berbangga dengan kamu.”

Sumber : Era Baru

 

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH TAULADAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *