“JIJIK” Raya. Tinggal “Sesuatu” Dalam Tandas. Apa Yg TERJADI Kepada Keluarga Ini Buat Ramai TERGAMAM !!!

| June 28, 2017 | 0 Comments

“JIJIK” Raya. Tinggal “Sesuatu” Dalam Tandas. Apa Yg TERJADI Kepada Keluarga Ini Buat Ramai TERGAMAM !!! | Dah masuk raya ketiga ni aku nak share sikit “peel”  atau perangai satu keluarga belah mak aku yang datang berkunjung. Keluarga yang sama, perangai yang sama setiap tahun.

1. JUADAH HARI RAYA INGAT KAT ORANG BELAKANG SAMA.

Ye tahu tetamu yang datang membawa rahmat. Tapi common sense sedara aku ni masyaallah kelaut antartika. Tetamu lain pun masih ada yang nak berkunjung dan tentulah kami dah bajet juadah utk dihidangkan. Diorang datang dahlah segerombolan macam batalion bala tentera, adalah dalam (20-25 orang sebab family besar).  Sampai-sampai je anak cucu yang kecik kecik terus hiperaktif lari sana-sini. Malam tu sempatlah budak-budak tu pecahkan balang kuih raya mak aku. Yang tua pulak terus menghadap meja makan pastu melantak tak ingat dunia. Literally beb. Dah habis satu bekas besar ketupat, diminta lagi diisi baru. Haritu je aku ulang alik isi 3 kali. Makanan yang kitorang dah simpankan untuk tetamu lain terpaksa dikorbankan. Sobs.

Semalam family aku pergi melawat keluarga Mak Ngah. Tak expect pulak keluarga sedara aku tu pun ada sekali. Waktu tu Mak Ngah masak bihun sup. Keluarga tu makan dulu. Bila turn kitorang nak makan, sup tu tinggal sisa je beb. Bihun licin. Kat meja tu bergelimpangan sisa makanan pinggan-mangkuk diorang. Kot la nak diangkat bawa ke dapur. Aku dgn adik-adik lah yang tolong buang sisa makanan diorang. Kitorang makan apa yang ada.  Hirup kuah kosong jelah nak. Mak Ngah tu dah la tak sihat, penat memasak lagi. Kat dapur tu satu apa pun tak tertinggal. Even makanan utk tuan rumah licin.  Habis semua diorang melantak. Macam tulah keluarga diorang tiap-tiap tahun dari aku kecik sampai besar.

2. PAMPERS ANAK TINGGAL DALAM TOILET.

Masuk bab cucu-cucu pulak. Anak-anak diorang ni boleh tahan ramai juga dan semua sudah berkahwin. Jadi kau paham-paham la berapa ramai cucu-cucu yang berjaya dihasilkan. Maklumlah orang yang berserban tudung labuh litup ni kan ramai generasinya. Tiap tahun mesti ada baby baru. Bab nak mandikan anak, basuh berak tu aku tak kisah pun. Yang aku kisah sangat pampers tu ha dibiarkan je kat dalam toilet. Hoi bakul sampah tu lima langkah je dari toilet. Tahulah kau dah balut secure elok-elok tapi apa salahnya buat satu lontaran masuk ke dalam gawang.  Ape jauh sangat ke nak campak masuk dalam tu. Kalau kata lima anak dia ada baby, maka lima pamperslah tersadai kat toilet tu. Again benda ni tiap tahun sejarahnya pasti berulang. Aku dah pikir masak-masak. Tahun depan aku nak usulkan satu pelan rang undang-undang kat mak aku khas untuk pengurusan pampers anak. Valid semasa hari raya sahaja. (Hambar).

3. KALAU DAH BERSEMBANG ANAK GAJAH PUN BOLEH TERBANG.

Masuk bab komunikasi pulak. Keluarga diorang ni boleh tahan ilmu agamanya. Pungpangpungpang bercakap pasal hukum-hakam. Alhamdulilah. Tapi spesies ni dia punya cakap tinggi pun boleh tahan juga. Pernah sekali tu dia cakap ‘kita makan ni kena ikut nabi’ tapi hmmm aku tengok cara makan macam ikut b*b# je. Lahap masyaallah tak tinggal langsung.

Lagi satu dok bangga dengan tahap pendidikan diorang. Ye lah mostly belajar kat Mesir.
‘Nanti dah habis belajar nak sambung master’
‘Saya sedang buat master sekarang’
Tak habis-habis nak canang master tapi degree pun dok sangkut bertahun-tahun dan aku yg grad dulu nampaaakkkknya.
‘Saya kerja pegawai sekarang.. ‘
Pegawai mende kalau setakat jadi tukang bawa kereta sekolah je.
Bab rasa diri tu mulia pun boleh tahan gak diorang ni. Dok canang ‘kita kena menyumbang sesuatu untuk masyarakat’
‘Kena tahu apa yang masyarakat nak’
Gaya cakap tu konon macam nak attack aku lah tu sebab tak ambik tahu keperluan masyarakat. Kalau ikut mulut sis yang laser ni, nak je sis tanya awak pernah ke jalan-jalan sekitar Chow Kit, dekati budak-budak bermasalah dekat flat-flat ke? I’ve done numerous of charity work tapi dan tak pernah heboh kat sesiapa. Awak je yang tak pernah keluar dari comfort zone, selesa sangat dalam environment awak sampai terasa diri tu mulia.

Aku rasa cukuplah sampai disini. Aku dah pikir cara terbaik untuk tegur kelompok ni, sampailah terlintas nak guna platform IIUM Confessions. Harapnya ada la di antara mereka yg terbaca. Bukan niat untuk membenci adik-beradik tapi mana yang buruk tu kita buanglah jauh jauh ye dok?

Selamat Hari Raya.

Sumber : Sis Geng Dapur

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *