MasyaAllah. Bekas Pengacara MTV Eropah Tenang Peluk Islam Buat Ramai KAGUM !!!

| June 27, 2017 | 0 Comments

MasyaAllah. Bekas Pengacara MTV Eropah Tenang Peluk Islam Buat Ramai KAGUM !!!BERLIN/LONDON: Kristiane Backer menikmati zaman kemuncak ketika meniti usia 20-an. Beliau mengecapi impian sebagai penyampai MTV Europe, berlaga bahu dengan bintang terkemuka seperti Mick Jagger dan Bono dan mendapat bayaran untuk melakukan pekerjaan itu.

Gambar Hiasan

Secara luarannya, kehidupan tersebut merupakan kehidupan idamannya, namun Kristiane turut mengalami kemurungan yang tidak mampu ditanggung olehnya.
                                                              (Sumber : Google Image)
Kemudian, beliau bertemu dengan Imran Khan yang juga seorang pemain kriket terkenal dari Pakistan yang memimpinnya ke arah Islam dan memberikan ketenangan kepadanya.”Imran menjadi pengenalan saya kepada Islam. Saya lebih suka sifatkan bahawa saya tidak mencari (agama), tapi saya telah dijumpai,” katanya.

Sebagai warganegara Jerman yang dibesarkan di Hamburg, Kristiane sentiasa teruja dengan hal berkaitan kesenian. Jadi, apabila dia mendengar qawwali ketika dalam perjalanan ke Pakistan untuk melawat Imran, beliau terkesima dengan keindahannya.

Qawwali adalah sejenis muzik yang berkait dengan Sufi Islam.

 

                                        (Imej terkini Kristiane. Sumber Sugar Street Review)

Selain itu, Kristiane berkata bahawa beliau amat tersentuh dengan nilai kemanusiaan orang Pakistan, layanan dan kemesraan mereka.

Semua orang yang ditemukan Kristiane tanpa mengira situasi kewangan mereka, menghulurkan derma secara sukarela untuk projek amal Imran berkaitan hospital kanser di Lahore.

Kristiane akhirnya memeluk Islam tiga tahun kemudian dan membuat penyelidikan mengenai agama suci itu.

“Saya baca banyak buku dan apa yang saya temukan amat menakjubkan.

“Ia seperti alam yang baru. Saya rasa tertarik selepas membaca buku pertama dan saya mahu tahu lebih banyak.

“Saya sedar hanya ada satu Tuhan dan kita semua bertanggungjawab ke atas semua perbuatan sendiri, bayi dilahirkan suci dan bukannya sebagai pendosa.

“Saya juga belajar bagaimana ayat dari al-Quran boleh membantu kehidupan harian saya,” jelasnya yang kini sudah berusia 51 tahun. – Huffington Post

Sumber : mStar

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *