Video Seorang Lelaki MENGAMUK Di Bazar Ramadhan Buat Ramai TERPANA !!!

| June 6, 2017 | 0 Comments

Video Seorang Lelaki MENGAMUK Di Bazar Ramadhan Buat Ramai TERPANA !!!| MIRI – Rakaman video seorang lelaki mengamuk di tapak Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri dalam kejadian Rabu lalu, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Kamek Miak Sarawak, video berdurasi satu minit 20 saat itu dikongsi 3,344 dan telah ditonton lebih 280,000 kali.

Melalui rakaman, kelihatan seorang lelaki berdiri di tepi kereta pacuan empat rodanya sambil menjerit “Aku Melayu, kau Melayu…” dan menuntut seorang lelaki meminta maaf padanya.

Pergaduhan yang berlaku di Bazaar Ramadhan Indoor Stadium Miri. Setakat ini punca pergaduhan masih lagi tidak diketahui.

Posted by Kamek Miak Sarawak on Monday, June 5, 2017

Orang ramai termasuk beberapa peniaga bazar berhampiran cuba menenangkan lelaki terbabit dan mengingatkannya usah berkelakuan seperti itu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan.

Menurut pengguna Facebook yang menggunakan nama Sabrena Key, kejadian berpunca apabila lelaki itu berang setelah dihon oleh kereta di belakangnya.

The truth behind this, lelaki yang teriak Melayu itu mengundur keretanya tanpa melihat orang dan hampir-hampir terlanggar pengunjung bazar (bapa dan anak) dan kereta di belakangnya.

“Kemudian kereta di belakang itu mmembunyikan hon membuatkan lelaki itu marah dan menunjukkan jari tengah, sebelum keluar dari kereta dan ajak bergaduh,” katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen berasa kesal dengan tindakan lelaki itu yang dianggap memalukan imej Sarawak.

“Sedih tengok keadaan seperti ini. Walaupun saya Iban tetapi rasa segan nak tengok video seperti ini. Bawalah bersabar banyak-banyak tak kiralah apa bangsa pun. Janganlah perkara seperti ini berlaku di tempat kita lagi,” kata Roselind.

“Janganlah bergaduh di bulan puasa ini. Jangan tambah dosa walaupun kita sudah berdosa. Di bulan ramadhan inilah kita berebut mencari pahala. Tak manis orang tengok kita bergaduh seperti ini,” kata Leo Mashell.

Walau bagaimanapun, netizen kagum dengan sikap orang awam yang tidak putus-putus cuba menenangkan lelaki berkenaan dari terus mengamuk dan difahamkan kes telah diselesaikan setelah individu terbabit memohon maaf kepadanya. 

Sumber : MYNEWSHUB.CC

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *