Air Mata Terakhir Seorang Suami Buat Ramai SEBAK !!! Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

| July 20, 2017 | 0 Comments

Air Mata Terakhir Seorang Suami Buat Ramai SEBAK !!! Puncanya Buat Ramai TERPANA !!! | Suasana pilu menyelubungi kawasan kemalangan di Kilometer 2.5 Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh di sini, apabila seorang anggota tentera mengucup dahi isterinya yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya yang turut mengorbankan anak pasangan itu.

Guru Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin di Gemas, Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim, 32, berkejar ke lokasi sebaik menerima maklumat kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dipandu isterinya terbabit dalam kemalangan jam 1.45 tengah hari, Rabu.

Isterinya, Zubaidah Mahmood, 44, dan anaknya, Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya lihat isteri dan anak tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan oleh orang ramai. Ketika dikeluarkan mereka sudah tiada (meninggal dunia),” katanya.

Kemalangan itu membabitkan Nissan Serena dari arah Batang Melaka yang dipandu Zubaidah yang memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van Toyota Hiace dari arah Air Kuning.
Pemandu van, Mohamad Rosdi Musa, 30, turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Sebelum ke tempat kerja semalam, Mohd Hafhizuddin berkata, dia sempat memandikan Nur Rufaidah Izzati, yang mahu mengikutnya ke tempat kerja.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika isterinya bersama Nur Rufaidah Izzati dan anak tirinya yang berusia 23 tahun dalam perjalanan pulang ke Gemas selepas menghantar seorang lagi anak tiri belajar di Melaka.

“Saya tidak tahu apa hendak cakap selepas kehilangan dua insan tersayang serentak. Saya reda dengan kejadian ini,” katanya sambil memberitahu jenazah dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tiong, Gemas, jam 10 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata tiga penumpang kenderaan itu parah iaitu seorang penumpang MPV dan dua penumpang van pekerja.

“Penumpang berkenaan dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : eberita

 

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *