Tepat Jam 12 Tengah Malam. 8 Maut Apabila Ditembak Oleh “Penjenayah Tidak Dikenali” Buat Ramai SEDIH !!!

| July 12, 2017 | 0 Comments
Tepat Jam 12 Tengah Malam. 8 Maut Apabila Ditembak Oleh “Penjenayah Tidak Dikenali” Buat Ramai SEDIH !!! | Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan dari satu keluarga mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi tadi.
Gambar : Sumber : BERNAMA
KRABI: Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan daripada sebuah keluarga Islam tempatan mati ditembak di dalam rumah mereka di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi tadi.

Menurut penolong bahagian siasatan Balai Polis Aolud, Kapt Suwit Keawpreecha berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada 1.30 pagi waktu tempatan.

“Seorang daripada mereka yang terbunuh adalah ketua kampung dikenali sebagai Worayud Sanlang. Kesemua mereka mati akibat tembakan di bahagian kepala,” katanya kepada media di sini hari ini.

Lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan mati di dalam rumah itu manakala tiga yang lain iaitu ketua kampung terbabit, seorang wanita dan seorang lagi kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di hospital.

Suwit berkata, hasil siasatan awal menunjukkan sekumpulan enam hingga tujuh penyerang menaiki dua kenderaan dan memakai pakaian seragam tentera menyerbu rumah terbabit kira-kira 4 petang waktu tempatan serta menahan kesemua penghuninya.

Kesemua penyerang lengkap bersenjata itu menunggu ketua kampung yang hanya pulang pada 8 malam waktu tempatan dan polis percaya kesemua mangsa ditembak mati pada 12 tengah malam sebelum melarikan diri.

Sumber : BERNAMA via AstroAwani

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *