Agama BUDDHA Akan Membantu Masyarakat Rohingya. Kata2 Dalai Lama Buat Ramai TERPANA !!!

| September 14, 2017 | 0 Comments

Agama BUDDHA Akan Membantu Masyarakat Rohingya. Kata2 Dalai Lama Buat Ramai TERPANA !!! | Ohbuaian – pemimpin utama Buddha yang merupakan pemegang anugerah Nobel Keamanan ini merupakan individu terbaru yang menentang keganasan yang berlaku terhadap Muslim Rohingya. Satu kenyataan yang buat ramai kagum.

NEW DELHI: Buat pertama kalinya, Dalai Lama bercakap mengenai krisis pelarian Rohingya dengan mengatakan bahawa Buddha pasti akan membantu Muslim Rohingya melarikan diri dari keganasan di Myanmar.

New Straits Times melaporkan, pemimpin utama Buddha yang merupakan pemegang anugerah Nobel Keamanan ini merupakan individu terbaru yang menentang keganasan yang berlaku terhadap Muslim Rohingya. “Mereka yang mengganggu segelintir Muslim perlu mengingati Buddha,” kata Dalai Lama kepada wartawan yang menyoalnya berkenaan krisis yang berlaku (di Rakhine).

“Dia (Buddha) pasti akan membantu Muslim yang teraniaya itu. Saya berasa amat sedih.” Penerima anugerah Nobel Keamanan yang lain seperti Malala Yousafzai dan Desmond Tutu turut mengkritik tindakan ketua de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi yang membisu dalam isu keganasan terhadap Rohingya.

Menurut utusan khas hak asasi manusia di Myanmar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan yang tercetus telah menyebabkan lebih dari 1000 orang terbunuh, yang kebanyakannya adalah umat Islam Rohingya.

Majoriti penduduk Myanmar merupakan penganut agama Buddha dan mereka amat membenci rakyat Rohingya. Bahkan, Muslim Rohingya dinafikan hak kerakyatan dan dilabel sebagai imigran haram Benggali. Pembersihan etnik yang sedang berlaku di Myanmar telah mengorbankan ribuan nyawa dan mewujudkan ratusan ribu pelarian hanya dalam masa beberapa minggu sahaja.

Sumber : menara.my

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *