Alatan Peperangan Yg Digunakan Ketika Zaman Kegemilangan Alam MELAYU Yg MENGERUNKAN !!!

| September 14, 2017 | 0 Comments

Alatan Peperangan Yg Digunakan Ketika Zaman Kegemilangan Alam MELAYU Yg MENGERUNKAN !!! | Ohbuaian – Zaman kegemilangan Alam Melayu cukup dikenali di dunia. Pada ketika itu, pelbagai urus niaga perdagangan yang berlaku. Pertumbuhan ekonomi dan laluan yang strategik menjadi tumpuan semua. Akan tetapi sedikit sebanyak keperluan ketenteraan dan alatan peperangan diperlukan bagi mengawal keamanan kawasan laut dan negeri.

Berikut ialah sedikit sebanyak info maklumatnya:

1. MERIAM

Meriam besar untuk pertempuran jarak jauh ini biasanya diletakkan di atas tembok-tembok kota. Orang Melayu Pattani hebat dengan meriam-meriamnya yang bersaiz besar dan digeruni musuh (Siam) selama lebih 200 tahun.

Apabila Siam berjaya menakluk Pattani,meriam besar Sri Patani dan Sri Nagara di rampas dan di bawa ke Siam.

Bagaimanapun,hanya Sri Patani saja berjaya di bawa ke Siam manakala Sri Nagara tenggelam di lautan.

Sri Patani kini di tempatkan di hadapan pejabat Kementerian Pertahanan di Bangkok,Thailand.

2. LELA

Di kenali sebagai “Swivel Gun” dalam Bahasa Inggeris,ia adalah sejenis meriam yang lebih kecil saiznya berbanding meriam biasa.

3. RENTAKA

Bentuk dan fungsinya hampir menyerupai Lela tetapi lebih kecil dan ringan.

Maaf la yer… takder gambar pulak.

Senjata yang di perbuat daripada besi ini lazimnya diukir dengan simbol Melayu iaitu pucuk rebung (seakan segi tiga).

Ia disebut ‘Lantakas’ dalam Bahasa Inggeris hasil gabungan antara Lela dan rentaka.

Merupakan senjata yang sering digunakan oleh orang Brunei,Moro dan Sulu,rentaka juga memiliki corak ukiran di bahagian atasnya sehingga ke muncung laras.

4. ISTINGGAR

Merupakan pencetus kepada penciptaan senapang patah moden hari ini di mana ianya memiliki kancing (locks).

Istinggar (musket) turut di kenali sebagai ‘Senapang Kancing Sumbu’ (matchlock).

Ia mempunyai ruang silinder kosong sebagai tempat untuk mengisi ubat bedil.

5. PEMURAS

Pemuras (Blunderbuss) adalah sejenis senapang yang memiliki ukuran yang lebih pendek daripada istinggar.

Pada era kini,boleh dikatakan ia adalah merupakan versi dahulu kepada ‘Shot Gun’.

Pada waktu dahulu, pemuras biasanya digunakan dalam kapal untuk jarak dekat dan menggunakan kancing Eropah.

Bahagian hujung pemuras merupakan tempat di mana ubat bedil iaitu peluru timah hitam di masukkan.

Bahagian hujung ini lazimnya diukir menyerupai bentuk mulut harimau atau ular.

6. TERAKOL

Pistol tangan yang dipanggil ‘Terakol’ atau Tarkol’ (dalam bahasa Turki) ini agak popular di kalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu.

Ia merupakan saduran daripada pemuras tetapi memiliki saiz yang lebih kecil dan ringan.

Ia menggunakan teknologi kancing roda (wheel lock) tanpa perlu serbuk bedil dibakar menggunakan fius sebelum digantikan dengan teknologi kancing batu api (flintlock).

Allahu’alam…

Sumber : zulsegamat

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *