Alhamdulillah. 3 Pelajar Tahfiz Yg TERSELAMAT Di Benarkan Pulang Buat Ramai BERSYUKUR !!!

| September 17, 2017 | 0 Comments

Alhamdulillah. 3 Pelajar Tahfiz Yg TERSELAMAT Di Benarkan Pulang Buat Ramai BERSYUKUR !!! | Ohbuaian – Setiap peristiwa ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah,perkembangan yang baru 3 pelajar tahfiz dibenarkan pulang dari Hospital Kuala Lumpur(HKL).

TIGA pelajar tahfiz yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dibenarkan pulang malam tadi.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata kesemuanya dibenarkan keluar selepas keadaan mereka stabil.

“Mereka akan diberi rawatan susulan bagi membantu mereka yang berada dalam keadaan trauma,” katanya di HKL, Kuala Lumpur, hari ini.

Dengan perkembangan itu, empat lagi yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tahap melecur antara 20 dan 30 peratus, katanya.

Dr Zaininah berkata, mangsa yang berada di ICU tidak dibenarkan menerima pelawat walaupun daripada anggota keluarga sebagai langkah pencegahan berlakunya jangkitan kuman.

Dua puluh satu pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran 5.15 pagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, berkata kebanyakan pusat tahfiz mematuhi garis panduan keselamatan.

Othman berkata, hanya beberapa lagi yang tidak menepati tahan keselematan dan ia perlu diteliti semula.

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *