Allahuakbar !!! Saksi Dengar Jeritan Sayu Dari PELAJAR TAHFIZ Buat Ramai Rasa SAYU !!!

| September 14, 2017 | 1 Comment

Allahuakbar !!! Saksi Dengar Jeritan Sayu Dari PELAJAR TAHFIZ Buat Ramai Rasa SAYU !!! | Ohbuaian -Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah. Kita mercangan Allah mengatur segala perancangan. Ini luah saksi kejadian yang tergiang-ngiang buat rasa sayu.

KUALA LUMPUR -“Panas…panas…abang tolong panas!” Jeritan pelajar tahfiz itu terngiang-ngiang di ingatan Shahirman Sharil yang menyaksikan sendiri kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi ini.

Shahirman, 39, yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata, beliau mendengar jeritan para pelajar pusat tahfiz itu kira-kira pukul 5 pagi.

“Saya melihat keadaan di luar masih gelap kecuali api yang marak di tingkat tiga pusat tahfiz berkenaan. Saya bersama penduduk lain cuba membantu mengeluarkan mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Shahriman, beliau dan jiran-jiran kemudiannya mengarahkan beberapa pelajar terjun dari tingkat tiga.

“Kami cuba menyambut mereka, ada yang melecur. Kami cuba bantu apa yang perlu sebelum menunggu ketibaan bomba untuk memadam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan,” katanya. – Bernama

Sumber : kosmo

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *