“Impian Tidak KESAMPAIAN”. Hasrat 21 Pelajar & Dua Warden Pindah Asrama BARU Tinggal Dalam Lipatan SEJARAH Buat Ramai SEBAK !!!

| September 17, 2017 | 0 Comments

“Impian Tidak KESAMPAIAN”. Hasrat 21 Pelajar & Dua Warden Pindah Asrama BARU Tinggal Dalam Lipatan SEJARAH Buat Ramai SEBAK !!!| Ohbuaian – Perancangan Allah adalah yang terbaik. Beruntung manusia apabila diberi cubaan dan bersabar. Ganjaran tertinggi dari Allah di akhirat kelak. Hasrat untuk berpindah oleh 21 pelajar dan 2 warden tinggal dalam kenangan.

 

KUALA LUMPUR: Hasrat 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk berpindah ke asrama baharu tidak kesampaian selepas maut dalam tragedi kebakaran di premis sementara, Khamis lalu.

Bangunan asal pusat tahfiz berkenaan yang terletak kira-kira 800 meter (m) dari lokasi kejadian sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu menjalani proses naik taraf sejak Disember tahun lalu.

Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood, berkata semua penghuni pusat tahfiz itu dijadualkan berpindah ke premis berkenaan hujung September ini.

“Proses naik taraf di premis ini sudah selesai dan menunggu perabot serta kelengkapan lain untuk dibawa masuk.

“Proses naik taraf bangunan asal dibuat untuk menyediakan ruang belajar dan asrama yang selesa. Malah, pelajar turut berasa teruja untuk berpindah semula ke premis asal ini.

“Malangnya, hasrat mereka tidak kesampaian…,” katanya ketika membawa petugas media melawat premis asal pusat tahfiz itu.

Bangunan yang dinaik taraf itu ketika ini sedang menunggu kelulusan sijil layak menduduki (CF) daripada bomba.

Bangunan itu turut dilengkapi kira-kira 24 unit kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

Kata Mohd Zahid, selepas dinaik taraf, bangunan itu mampu menempatkan lebih 70 penghuni, selain dilengkapi dengan sebuah gelanggang futsal, ruang solat luas, dewan makan dan beberapa asrama.

Sumber : bharian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *