Kurang Ajar: Sami Budhha & Penyokong Anti Rohingya Baling BOM Petrol Pada Tempat Bantuan Makanan Buat Ramai SEBAK !!!

| September 22, 2017 | 0 Comments

Kurang Ajar: Sami Budhha & Penyokong Anti Rohingya Baling BOM Petrol Pada Tempat Bantuan Makanan Buat Ramai SEBAK !!! | OhBuaian – Tragis dan kejam berlaku lagi kepada etnik Islam Rohingya apabila tindakan membabi buta yang dilakukan oleh puak sami Buddha dan penyokong anti Rohingya semakin mengila-gila.

SITTWE (Myanmar), 1 Muharram 1439H, Jumaat – Penunjuk perasaan terdiri daripada sami Buddha dan penyokong mereka membaling bom petrol untuk menghalang penghantaran bekalan bantuan kepada umat Islam di Rakhnie, sebelum disuraikan polis.

Kejadian yang berlaku kelmarin menunjukkan kebencian terhadap etnik muslim Rohingya semakin memuncak. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh tentera rejim Myanmar melakukan pembersihan etnik.

Ratusan penunjuk perasaan yang dipimpin sami Buddha terbabit dalam percubaan untuk menghalang pekerja Pasukan Palang Merah Antarabangsa, memunggah bekalan bantuan ke dalam bot untuk dihantar ke utara Rakhine, di mana majoriti etnik Rohingya tinggal dan dikepung tentera rejim.

Penunjuk perasaan, sesetengahnya bersenjatakan batang besi dan rotan, membaling bom petrol ke arah pekerja bantuan. Bagaimanapun, tiada yang cedera, kata jurucakap Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Maria Cecilia Goin.

“Semua bantuan kecemasan yang dilakukan oleh ICRC dilakukan dengan cara yang tidak memihak,” katanya.

Permusuhan antara penganut Buddha dan etnik muslim Rohingya, yang sebahagian besarnya ditolak kewarganegaraan, bermula beberapa dekad lalu di Rakhine, mencetuskan beberapa kali ketegangan, dan terbaharu bermula Ogos lalu.

Pemantau hak asasi manusia dan pelarian Rohingya mengatakan pihak tentera yang disokong militan Buddha melancarkan kempen bertujuan mengusir penduduk Islam dan memusnahkan perkampungan mereka.

Krisis Rohingya menimbulkan kecaman antarabangsa dan mencetuskan persoalan mengenai komitmen pemimpin kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi terhadap hak asasi manusia yang sebelum ini diperjuangkannya. – Agensi

Sumber : ismaweb

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *