Lelaki BAKAR Diri Sendiri Di Hadapan Parlimen New Zealand. Puncanya Buat Ramai Tak SANGKA !!!

| September 23, 2017 | 0 Comments

Lelaki BAKAR Diri Sendiri Di Hadapan Parlimen New Zealand. Puncanya Buat Ramai Tak SANGKA !!!| Ohbuaian – Satu kes bakar diri sendiri di New Zealand yang menjanjikan satu motif yang sesuatu perkara untuk ditonjolkan. Apa yang terjadi kepada mangsa buat ramai simpati.

Wellington – Seorang lelaki yang membakar diri di luar Parlimen New Zealand beberapa hari menjelang pilihan raya umum negara itu, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya, kata polis semalam.

Lelaki berkenaan membakar dirinya di luar bangunan itu yang dikenali sebagai Beehive pada petang kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Katanya, identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan motifnya membakar diri juga belum diketahui.

Bagaimanapun, media melaporkan beberapa saksi melihat lelaki itu seperti membuat tunjuk perasaan di luar Parlimen sebelum membakar diri.

Menurut Radio New Zealand, saksi melaporkan melihat lelaki itu memegang sepanduk berkaitan mahkamah keluarga.

Polis menyifatkan kes bakar diri itu sebagai amat luar biasa dan kejadian yang menyedihkan.

Pilihan raya umum New Zealand diadakan pada hari ini di mana Perdana Menteri, Bill English berdepan saingan sengit daripada calon pembangkang, Jacinda Ardern – Metro

Sumber : suara.tv

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *