SubhanaAllah !!! Fenomena “Blue Tear” Atau “Blue Sand” Di Pulau Sembilan, Perak Yg Ramai Tak Tahu !!!

| September 23, 2017 | 0 Comments

SubhanaAllah !!! Fenomena “Blue Tear” Atau “Blue Sand” Di Pulau Sembilan, Perak Yg Ramai Tak Tahu !!!  | Ohbuaian – Ramai yang tak tahu akan kewujudan Pulau Sembilan yang terletak dalam jajahan negeri Perak Darul Ridzuan. Pulau ini terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor dan di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock. Dari sembilan gugusan itulah Pulau Sembilan mendapat namanya.

Ramai kaki pancing yang gemar ke sana kerana banyak ikan dan hidupan laut lain yang hidup di perairan disekitar pulau tersebut. Kawasan pertengahan di antara Pulau Rumbia dengan Pulau Lalang juga adalah lokasi terbaik untuk aktiviti menyelam dan snorkeling kerana ianya adalah kawasan yang berkedalaman 15 meter dan dipenuhi dengan batu karang.

Kawasan batu karang ini menjadi sumber makanan utama buat beribu-ribu spesis hidupan laut terutamanya ikan merah dan ikan barakus. Di sebelah timur Pulau Buluh pula dipenuhi dengan batu-batu kecil yang dilitupi dengan batu karang yang keras dan berwarna-warni. Daya tarikan pulau ini bukan sahaja terletak pada kegiatan memancing malah diserikan lagi dengan keindahan panorama semulajadi yang menarik.

Tambah menarik lagi tentang pantai di Pulau Sembilan ini adalah ianya bercahaya apabila waktu malam tiba yang digelar “Blue Tear” atau “Blue Sand”. Fenomena ini adalah hasil daripada organisma laut yang banyak di kawasan persisiran pantai Pulau Sembilan. Nama organisma yang bercahaya ini adalah Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton.

Untuk makluman anda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah ketika merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke 13 agar kerajaan negeri Perak mengambil tindakan untuk menutup sementara waktu Taman Negeri Pulau Sembilan kepada semua aktiviti pelancongan ekoran keindahan pulau tersebut kini terancam akibat aktiviti komersial dan individu yang tidak ada rasa tanggung-jawab.

Lantas kerajaan negeri terus mengumumkan Pulau Sembilan telah ditutup kepada sebarang aktiviti pelanco­ngan berkuat kuasa pada 1 April 2017 sehingga ke tarikh yang akan diberitahu nanti. Keindahan Pulau Sembilan akan terus dipelihara dan terbela nasibnya seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengambil langkah ber­kenaan bagi memben­dung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menceroboh dan merosakkan flora dan fauna yang terdapat di pulau berkenaan. Menteri Besar Perak kita sendiri telah turun untuk lihat keadaan kerosakan di Pulau Sembilan.

Nanti bila dah buka semula Pulau Sembilan, kami dari sahabat editor orangperak.com ingin cuba berkhemah disana dan menghayati keindahan alam semula jadi yang ada di jajahan negeri Perak yang tercinta ini. Kita sebagai rakyat haruslah prihatin atas keindahan alam dan tidaklah seharusnya hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja. Berilah peluang pada cucu cicit kita untuk menikmati keindahan alam yang harus dikekalkan ini.

Sumber : orangperak

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *